Newsroom

Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi lancar Pakej P-Hailing Rahmah

January 23, 2024

23 Januari 2024 - Syarikat telekomunikasi (telco) CelcomDigi Berhad (CelcomDigi), Maxis Berhad (Maxis), TM (Unifi Mobile), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) and YTL Communications (Yes 5G) hari ini melancarkan pakej data istimewa khas untuk penunggang dan pemandu p-hailing yang layak dan boleh didapati mulai 23 Januari 2024.

Majlis pelancaran Pakej P-Hailing Rahmah telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil dan dihadiri oleh wakil syarikat telco, syarikat p-hailing serta penunggang dan pemandu p-hailing.

Syarikat telco akan bekerjasama dengan 16 syarikat p-hailing untuk menyokong komuniti p-hailing Malaysia dengan pelan data mampu milik yang memberikan kesalinghubungan lancar yang penting bagi menjalankan urusan penghantaran harian mereka. P-hailing yang telah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan rakyat Malaysia ditakrifkan sebagai penghantaran makanan, minuman dan bungkusan menggunakan kenderaan seperti motosikal dan kereta.

Dengan pelancaran hari ini, semua penunggang p-hailing yang berdaftar mempunyai pilihan untuk memilih daripada mana-mana syarikat telco yang mampu memberikan mereka liputan terbaik serta pelan yang sesuai untuk membantu mereka menjalankan penghantaran setiap hari.

Di bawah inisiatif Pakej P-Hailing Rahmah, pelan-pelan yang ditawarkan telah dipilih susun oleh syarikat telco dengan teliti dan menawarkan penunggang dan pemandu p-hailing dengan nilai yang terbaik. Bergantung pada syarikat telco, pelan pascabayar dan prabayar yang disediakan boleh didapati sebagai pakej peranti atau pelan SIM sahaja dari serendah RM33 bersama kuota data yang besar bermula dari 40GB.

Syarikat telco kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses Internet yang mudah serta mampu milik

Penunggang dan pemandu p-hailing yang berminat dan layak boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang tawaran Pakej P-Hailing Rahmah yang disediakan melalui portal atau aplikasi penyedia perkhidmatan p-hailing masing-masing bermula hari ini

Newsroom

Discover CelcomDigi and What Drives Us