Newsroom

Risalah Anti-Scam CelcomDigi: Trend dan panduan untuk kekal Awas Always

March 23, 2023

PETALING JAYA, 23 Mac 2023 – Lebih 25,000 kes jenayah siber melibatkan lebih RM855 juta dilaporkan pada tahun 2022*, menunjukkan trend scam atau penipuan yang membimbangkan di Malaysia. Untuk menangani kegiatan ini secara proaktif, CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) telah menghasilkan risalah anti-scam antara lain, untuk mendidik rakyat Malaysia dengan pengetahuan dan bahan yang sahih agar terhindar daripada menjadi mangsa.

Risalah ini sebahagian daripada bahan kempen kesedaran kebangsaan, Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 (JAS23), anjuran bersama CelcomDigi, CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF). Risalah ini menyediakan maklumat ringkas mengenai jenis penipuan yang sering berlaku, cara mengenal pasti taktik-taktik yang digunakan untuk menipu mangsa, serta langkah pencegahan dan cara melaporkannya. Ia juga mengandungi maklumat mengenai keselamatan dalam talian untuk mencegah buli siber, pengantunan siber dan kecurian data, dalam bentuk komik untuk bacaan dan pemahaman yang mudah.

Ketua Bahagian Kelestarian CelcomDigi, Philip Ling berkata hasil daripada gabungan bersama, CelcomDigi mempunyai kelebihan untuk mendekati ramai rakyat Malaysia secara meluas dalam memacu penyebaran pengetahuan mengenai langkah pencegahan scam.

“Pendekatan kami berpaksikan prinsip ACT (BERTINDAK) iaitu mewujudkan Kesedaran (Awareness), memacu Pematuhan (Compliance) yang tinggi dalam organisasi serta menyokong agensi penguatkuasaan, dan memanfaatkan penggunaan Teknologi (Technology) dengan cara terbaik untuk memerangi jenayah siber dan membina perlindungan yang relevan. Kami percaya bahawa mengambil tindakan secara kolektif dan membina ekosistem rakan kongsi adalah kunci untuk menyelesaikan isu nasional seperti scam atau penipuan ini.

“Memandangkan penjenayah atau scammer semakin bijak dalam kaedah mereka memerangkap pengguna yang tidak berwaspada, kami hendak memperkasa dan membantu rakyat Malaysia dalam mengesan, mengelak dan melaporkan penipuan ini. Melalui usaha seperti kempen JAS23, kami bermatlamat untuk memupuk penggunaan teknologi yang bertanggungjawab untuk pengalaman internet yang lebih selamat buat semua.”

Risalah tersebut yang boleh dimuat turun di SINI, akan diedarkan kepada semua Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang diuruskan oleh CelcomDigi dan juga semasa kempen JAS23 di seluruh negara mulai bulan Jun. Selain itu, orang ramai boleh merujuk lebih banyak sumber pendidikan keselamatan internet, termasuklah buku panduan untuk ibu bapa dan kanak-kanak, infografik dan siri video daripada portal Safe Internet atau ketahui lebih lanjut mengenai scam dan pemalsuan daripada laman web Kekal Selamat atau Awas Always.

*Sumber: Statistik daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia

Newsroom

Discover CelcomDigi and What Drives Us