Miliki iPad serendah RM1/sebulan dan pelbagai lagi tawaran menarik!
PETALING JAYA, 12 Ogos 2025 – CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal tiba dengan Tawaran Gemilang, promosi menarik yang penuh nilai merangkumi Prepaid, Postpaid, Internet Rumah, peranti 5G dan banyak lagi. Bermula hari ini hingga 18 September 2025, promosi Tawaran Gemilang memastikan pelanggan kekal berhubung dengan mudah sambil menikmati gaya hidup digital yang lebih bermakna.
Naik taraf ke peranti terkini
- Pelanggan boleh memiliki iPad terkini serendah RM1/sebulan dengan pelan semua dalam satu CelcomDigi One Ultra atau One Pro, yang merangkumi talian pascabayar dengan Internet 5G/4G tanpa had, fiber 300Mbps ultra pantas, dan akses ke pelbagai hiburan melalui Disney+ Hotstar.
- Selain itu, pelanggan CelcomDigi Postpaid 5G 80 boleh mendapatkan telefon pintar 5G secara percuma melalui Pakej MegaJimat, termasuk vivo Y29t 5G, OPPO A5 5G, dan realme 14x 5G.
Kekal selamat dalam talian
- Pelanggan boleh menikmati percubaan percuma selama 1 bulan untuk MobileSHIELD, aplikasi keselamatan mudah alih terbaru CelcomDigi yang melindungi mereka daripada ancaman digital seperti penipuan, aplikasi berbahaya, pencurian identiti dan ancaman privasi apabila mereka melanggan tawaran ini.
Pas Internet berkelajuan tinggi dan Pas Video untuk hiburan tanpa henti
- Dengan hanya RM8, pelanggan boleh mendapatkan pas Internet berkelajuan tinggi 2999GB 5G/4G (tempoh sah selama 4 hari).
- Penguna boleh menikmati strim tanpa had dengan Pas Video 680GB hanya dengan RM6.80. Sah selama 5 hari, pas ini menawarkan penstriman berkelajuan tinggi untuk Disney+ Hotstar, YouTube, Netflix, iQIYI dan Viu. Kedua-dua pas ini boleh dibeli melalui aplikasi Celcom Life dan MyDigi.
Jadi antara 68 pelanggan bertuah untuk menikmati FTTR percuma
- Sempena menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-68, 68 pelanggan CelcomDigi akan menerima Fibre-to-the-Room (FTTR) percuma dan menikmati liputan WiFi yang lebih kuat dengan kelajuan Internet maksimum dan stabil ke bilik pilihan anda. Tawaran ini terbuka kepada pelanggan CelcomDigi Fibre sedia ada, berdasarkan siapa cepat dia dapat (first-come, first-served basis), selagi stok masih ada.
Pelanggan boleh menikmati tawaran ini dan banyak lagi di CelcomDigi Store seluruh negara. Beberapa tawaran hanya boleh didapati melalui aplikasi Celcom Life dan MyDigi.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tawaran Gemilang CelcomDigi, layari https://cdlink.net/Gemilang.