Newsroom

Pra-tempah Samsung Galaxy S26 baharu dengan CelcomDigi untuk pengalaman yang lebih hebat

February 26, 2026

PETALING JAYA, 26 Februari 2026 – Pelanggan CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) kini boleh membuat pra tempahan siri Samsung Galaxy S26 yang dinanti-nantikan, termasuk Galaxy S26 Ultra, Galaxy S26+ dan Galaxy S26. Sebagai siri Galaxy paling maju setakat ini, barisan peranti ini menawarkan pengalaman mudah alih generasi baharu, yang dipertingkatkan lagi apabila digandingkan dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G dan CelcomDigi ONE, disokong oleh rangkaian terluas, terpantas dan selamat di Malaysia.

Bermula hari ini hingga 10 Mac 2026, pelanggan boleh membuat pra-tempahan mana-mana model Galaxy S26 melalui pelan pembiayaan peranti Easy360, yang menawarkan ansuran fleksibel sehingga 36 bulan dengan faedah 0%, serta tanpa bayaran pendahuluan. Pelanggan turut menikmati tawaran peranti bernilai hebat, perlindungan peranti percuma dan nilai tambahan untuk program tukar beli (trade in). Pelanggan yang memilih Samsung Galaxy S26 Ultra pula berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM2,443 untuk peranti mereka, tiga bulan perlindungan PhoneCARE yang disediakan oleh CelcomDigi, serta menerima sehingga RM500 nilai tambahan apabila mereka tukar beli peranti sedia ada.

Sebagai tambahan, pelanggan pra-tempah turut layak menerima Backbone One – PlayStation Edition, pengawal permainan mudah alih bersama bekas (RRP RM728), selagi stok masih ada dan berdasarkan siapa cepat dia dapat, dengan pembelian Spring Roam Pass.

Siri Samsung Galaxy S26 hadir dengan Galaxy AI paling proaktif dan adaptif direka untuk memudahkan tugasan harian pengguna. Ia juga hadir dengan Paparan Privasi terbina dalam pertama dalam industri, menandakan pencapaian baharu dalam inovasi paparan. Model tertinggi siri ini, Galaxy S26 Ultra, dilengkapi cipset khusus dan sistem pengurusan haba termaju untuk prestasi AI yang lebih pantas dan berkuasa dalam rekaan Ultra paling nipis yang pernah dihasilkan Samsung.

Pelanggan yang ingin membeli terus di kedai boleh mendapatkan mana-mana peranti dari siri Samsung Galaxy S26 di semua CelcomDigi Store seluruh negara bermula 11 Mac 2026.

Untuk maklumat lanjut mengenai pra-tempah Samsung Galaxy S26 Series, layari: https://cdlink.net/S26