Newsroom

Perusahaan Malaysia kini boleh melindungi diri secara proaktif terhadap ancaman digital yang semakin pesat berkembang dengan penyelesaian keselamatan siber berkuasa AI CelcomDigi

July 25, 2025

PETALING JAYA, 25 Julai 2025 – CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) hari ini melancarkan rangkaian penyelesaian keselamatan siber baharu yang berasaskan AI bagi membantu perusahaan besar di negara ini membina daya tahan yang lebih tinggi dalam menangani ancaman digital yang semakin berkembang. Perkhidmatan ‘sentiasa-aktif’ ini membolehkan ramalan, pengesanan, tindak balas dan pemulihan secara masa nyata merangkumi tiga bidang utama: Perkhidmatan Keselamatan Terurus, Strategi dan Penilaian, dan Keselamatan Infrastruktur. Penyelesaian yang diiktiraf Agensi Keselamatan Siber Nasional (NACSA) sejajar dengan rangka kerja Agensi Keselamatan Siber Nasional (NIST), dan disokong oleh 150 pakar keselamatan dan rakan kongsi global.

Ketua Pegawai Perusahaan Perniagaan CelcomDigi, Ts. Afizulazha Abdullah, berkata, “Reka bentuk keselamatan siber menyeluruh amat kritikal pada masa kini. Dengan insiden pencerobohan data di Malaysia meningkat sebanyak 29%1 pada suku pertama 2025, strategi keselamatan yang bersifat prediktif dan adaptif menjadi teras dalam memelihara operasi, melindungi kepercayaan pelanggan dan memastikan kelangsungan perniagaan. Misi kami adalah untuk memastikan perusahaan dilengkapi dengan penyelesaian yang berkesan dan boleh dipercayai bagi menangani ancaman digital yang kian berkembang.” Penyelesaian ini diperkenalkan semasa sesi simulasi ancaman siber eksklusif yang dihadiri oleh pemimpin C-suite dari pelbagai industri utama.

Sejajar dengan ancaman siber kini semakin bersasar dan kompleks, Perkhidmatan Keselamatan Terurus CelcomDigi membantu perusahaan mengesan, bertindak balas, dan mempertahankan diri daripada serangan canggih, sambil memastikan kelangsungan operasi menerusi Pusat Operasi Keselamatan (SOC) 24/7. Ini termasuk perkhidmatan Kesedaran dan Kesiapsiagaan, Pengesanan dan Respons Terurus, Pengurusan Kerentanan, Ujian Penembusan, Perisikan Ancaman, dan Keselamatan Ofensif.

Perkhidmatan Penilaian dan Strategi CelcomDigi pula membolehkan perusahaan memperkukuh pertahanan siber mereka dengan sokongan konsultasi dan nasihat pakar. Proses ini dimulakan dengan penilaian terhadap reka bentuk keselamatan sedia ada dan tahap kesiapsiagaan terhadap potensi ancaman pencerobohan, diikuti dengan panduan khusus mengenai strategi keselamatan yang sesuai serta sokongan pelaksanaan secara menyeluruh. Pendekatan ini membantu perniagaan membuat keputusan yang lebih tepat dan termaklum, bersesuaian dengan keperluan mereka.

Penyelesaian Keselamatan Infrastruktur CelcomDigi pula melengkapkan perusahaan dengan teknologi dan peralatan yang sesuai untuk menangani kerentanan dan melindungi persekitaran digital mereka. Dengan pendekatan berlapis yang menggabungkan pertahanan proaktif dan reaktif, tawaran ini merangkumi keselamatan pusat data dan awan, perkakasan keselamatan siber, firewall dan pengurusan ancaman, kawalan identiti dan akses, perlindungan DDoS, keselamatan internet dan web, serta keselamatan peranti, telefon mudah alih dan e-mel – bagi memastikan perniagaan kekal selamat dan bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan.

Sesi eksklusif simulasi ancaman siber ini dianjurkan bersama Axiata Cyber Fusion Centre dan Bridgenet Solutions bagi membantu pemimpin perniagaan merangka strategi proaktif dalam memperkukuh pertahanan digital organisasi masing-masing. Pengalaman imersif ini memberi gambaran langsung tentang bagaimana ancaman siber boleh mengganggu operasi dan merosakkan reputasi syarikat. Para peserta menyaksikan pemantauan terhadap ancaman dalam masa nyata dan tindakbalas yagn diambil melalui simulasi serangan secara langsung yang menekankan keperluan bagi perniagaan untuk membuat persediaan menyeluruh dalam menghadapi ancaman siber.

Program ini turut menampilkan sesi meja bulat bagi membincangkan cabaran keselamatan siber sebenar, daripada kerentanan khusus industri dan jurang kesiapsiagaan, termasuklah  keperluan kritikal untuk mempunyai strategi tindakbalas yang lebih terselaras. Perbincangan tersebut menyatukan pakar industri untuk bertukar pandangan, berkongsi amalan terbaik, dan meneroka pendekatan praktikal bagi memperkukuh ketahanan siber merentas ekosistem perusahaan.

Penyelesaian keselamatan siber CelcomDigi yang terkini untuk perusahaan besar dibina berasaskan  penawaran menyeluruh bagi perniagaan pelbagai saiz. Ini mencerminkan komitmen syarikat dalam memajukan pendigitalan perusahaan serta membantu organisasi kekal selamat, berdaya saing dan bersedia menghadapi landskap ancaman digital yang sentiasa berubah.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian keselamatan berkuasa AI CelcomDigi, sila layari laman web CelcomDigi business.