

Ditawarkan secara eksklusif menerusi aplikasiCelcomDigi mulai 13 November 2026
KUALA LUMPUR, 13 November 2026 – CelcomDigi Berhad ("CelcomDigi") kini menjadikan akses kepada siaran langsung sukan dan hiburan premium lebih mudah dan berpatutan untuk  pelanggan prabayarnya menerusi pas StreamMORE baharu, bermula RM1. Seiring dengan peningkatan permintaan pengguna yang menginginkan pilihan penstriman yang lebih fleksibel, CelcomDigi telah memperkenalkan pas StreamMORE bersaiz kecil yang membolehkan pelanggan prabayar menikmati kandungan pilihan mereka tanpa perlu melanggan pelan bulanan.
Melalui StreamMORE, pelanggan prabayar boleh mendapat akses kepada pelbagai kandungan sukan dan hiburan popular pada harga yang berpatutan.  Ini termasuk siaran langsung Liga Perdana Inggeris (EPL) dan UEFA Champions League, serta kandungan hiburan seperti Gegar Vaganza, drama tempatan seperti Bayangan Dendam, siri drama Asia termasuk “When I Meet the Moon” (China), “Oh! My Guard” (Korea) dan “Terbaik Itu Kamu" (Indonesia), selain siri anime popular yang boleh terus ditonton sejurus selepas tayangan asal.
Tiga tawaran StreamMORE yang disediakan adalah:
Bagi pelanggan yang mahukan akses tanpa gangguan, StreamMORE Sooka Sports & Entertainment kini boleh diperoleh pada harga RM15/bulan bersama 5GB data. Ditawarkan  kepada pelanggan prabayar dan pascabayar, pakej ini menyediakan akses 30 hari kepada siaran langsung sukan dan hiburan dalam kualiti HD, serta membolehkan penstriman melalui dua peranti secara serentak. Â
Pelanggan boleh mula menstrim mengikut tiga langkah mudah: buka aplikasi CelcomDigi, pilih bahagian Lifestyle, pilih pas StreamMORE yang diingini dan aktifkannya serta merta. Â
Untuk maklumat lanjut, layari https://cdlink.net/qig4
‍