

Memboleh pelanggan CelcomDigi nikmati perkhidmatan 5G di lokasi semakin meningkat trafik di seluruh negara
PETALING JAYA, 5 Mei 2026 – CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) telah meluncurkan perkhidmatan 5G di Pavilion Kuala Lumpur, sekaligus menambah wilayah 5Gnya yang dilengkapi keterhubungan indoor termaju.
Peluncuran ini memantapkan kedudukan CelcomDigi sebagai penyedia 5G No.1 Malaysia, yang disokong dengan pengalaman rangkaian 4G dan 5G terluas, terpantas dan paling selamat, pelan 5G bernilai terbaik, paling banyak peralatan 5G pelbagai jenis jualan runcit, rakan perantauan global terbaik, dan pangkalan pengguna 5G yang terbesar.
Kesavan Sivabalan, Ketua Pegawai Teknologi CelcomDigi berkata, “Sebagai penyedia 5G No.1 Malaysia, kami menyampaikan keterhubungan yang boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia, di mana ia tersangat diperlukan. Kami sedang mengembangkan capaian 5G, membawa keterhubungan berkualiti tinggi kepada komuniti dan destinasi yang memacu kehidupan harian. Menerusi komitmen ‘5G untuk Semua’ serta kekuatan dan skala rangkaian, kami akan terus menginovasi dan memboleh konsumer, peniaga, dan perusahaan menyokong cita-cita digital Malaysia.”
Perkhidmatan 5G IBC membaiki keterhubungan di ruang indoor di mana struktur bangunan dan trafik pengguna yang tinggi boleh menjejas kualiti signal. Pelanggan di wilayah 5G CelcomDigi boleh nikmati:
· Liputan indoor 5G lebih kuat dan lebih konsisten
· Layaran, striming dan muat turun yang lebih pantas
· Kualiti panggilan dan panggilan video berkualiti dan lebih lancar
· Keterhubungan lebih baik di waktu puncak
· Pengalaman aplikasi serta pembayaran digital yang lebih dipercayai
Berikutan peluncuran ini, CelcomDigi akan mengembangkan secara progresif wilayah 5G indoor di lokasi komersil, bergaya hidup dan perusahaan di seluruh negara.
© Copyright 2026 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.