Newsroom

Notis privasi CelcomDigi kini dalam infografik

February 23, 2023

PETALING JAYA, 23 Februari 2023 – Sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk transparensi dalam amalan privasinya, CelcomDigi baru-baru ini telah memudahkan notis privasinya kepada infografik yang mudah dihadam di laman webnya.

Infografik tersebut bertujuan untuk mendidik pelanggannya tentang jenis maklumat peribadi yang dikumpul, sebab ia dikumpul, cara ia diproses dan dengan siapa ia akan dikongsi. Ia juga membantu pelanggan memahami hak privasi mereka, cara melaksanakan hak ini dan langkah yang perlu diambil jika data mereka terjejas.

Ketua Privasi CelcomDigi, Kulani Geeta Kulasingam menekankan bahawa inisiatif ini adalah sebahagian daripada semakan biasa yang dilakukan oleh syarikat terhadap amalan privasinya untuk terus membina amalan data jangka panjang yang bertanggungjawab dan mengekalkan kepercayaan pelanggan.

“Komited terhadap piawaian privasi data tertinggi, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan pelanggan kami memahami cara kami mengurus dan melindungi data peribadi mereka apabila melanggan perkhidmatan kami. Infografik tepat dan ringkas memberikan pelanggan pemahaman holistik tentang amalan data kami, mengelakkan kenyataan panjang, meningkatkan transparensi dan pengalaman pelanggan".

Infografik tersebut boleh didapati di SINI. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amalan terbaik perlindungan data, lawati halaman CelcomDigi |Tadbir Urus kami.