

PETALING JAYA, 29 Julai 2026 – CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) bekerjasama dengan SPayLater untuk menawarkan pilihan bayaran yuran ansuran 0% eksklusif selama enam bulan bagi pakej bundle telefon pintar terpilih di bawah pelan Pakej MegaJimat. Kerjasama ini memberi pelanggan peluang untuk menaik taraf dan memiliki peranti terkini dengan fleksibiliti pembayaran serta penjimatan, menerusi pengecualian yuran standard yang lazimnya dikenakan kepada pelan bayaran ansuran enam bulan.
Dari sekarang hingga 31 Disember 2026, semua pembelian pakej bundle peranti yang terpilih di bawah Pakej MegaJimat dengan pembayaran pendahuluan minimum RM400 layak menikmati kemudahan yuran ansuran 0% selama enam bulan apabila pembayaran dibuat melalui SPayLater.
Ditawarkan secara eksklusif menerusi kedai dalam talian CelcomDigi, promosi masa terhad ini memudahkan pelanggan mendapatkan telefon pintar pilhan mereka dengan pengalaman pembayarann yang lebih mudah dan selesa. Untuk menikmati promosi ini, pelanggan hanya perlu memilih pakej bundle peranti dan membuat pembelian dengan menggunakan SPayLater semasa proses pembayaran.
Dengan setiap pembelian, pelanggan juga secara automatik layak menyertai kempen Mega Gegar 20 Juta CelcomDigi dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat termasuk ubahsuai rumah pintar berasaskan AI, sebuah kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 7 EV, pakej percutian dalam dan luar negara, tiket konsert sepanjang tahun bersama Live Nation, serta banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, termasuk syarat kelayakan penyertaan serta terma dan syarat, sila kunjungi www.celcomdigi.com
© Copyright 2026 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.