Newsroom

Menghubungkan komuniti: Memperkasa sekolah melalui 1,500 komputer demi pembelajaran berterusan

June 23, 2023

PETALING JAYA, 21 Jun 2023 – Didorong oleh matlamat Memajukan dan Mengilhamkan Masyarakat (Advancing and Inspiring Society), CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) meneruskan komitmennya untuk memperkasa rakyat Malaysia secara digital, khususnya buat komuniti luar bandar. Lebih daripada 1,500 buah komputer yang diperbaharui telah diagihkan kepada 460 buah sekolah dan universiti awam di seluruh negara. Ini membolehkan lebih 13,000 pelajar dan belia untuk memanfaatkan kesalinghubungan internet.

Sumbangan yang terbaharu telah dibuat sewaktu program ekspedisi basikal di Perlis, iaitu Program Kayuhan CelcomDigi Bersama DYMM Pemangku Raja Perlis semalam (20 Jun 2023). Konvoi yang dianggotai oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan pasukan CelcomDigi telah berbasikal dari SK Putra Perlis hingga ke PEDi Bintong di Kangar, mengagihkan 85 buah komputer kepada wakil daripada 17 buah sekolah di negeri ini.

Dengan keupayaan internet melalui peralatan komputer dimanfaatkan di bilik darjah, inisiatif seperti ini membantu merapatkan jurang digital dalam pendidikan, terutamanya di sekolah di kawasan luar bandar. Melalui inisiatif ini, CelcomDigi berharap untuk membekalkan para pelajar dengan peralatan pendidikan yang berkualiti dan juga sambungan internet yang baik, di samping memperkasa mereka dengan kemahiran penggunaan internet yang selamat, serta mempersiapkan mereka untuk masa hadapan yang lebih cemerlang dengan kemahiran digital. Syarikat ini berhasrat untuk membantu lebih banyak lagi sekolah di luar bandar dan pedalaman dan terus membina sebuah alaf yang lebih terhubung secara digital buat semua.  

Memastikan seluruh lapisan masyarakat mempunyai akses saksama ke atas Internet

Selain daripada melengkapi sekolah dan universiti, baru-baru ini CelcomDigi juga telah membekalkan sambungan Home Fibre di sebuah pusat pembelajaran komuniti, Suriana Education Centre Taman Desaria, yang menawarkan tuisyen percuma untuk kanak-kanak dari PPR Taman Desaria. Menerusi inisiatif ini, sekitar 60 pelajar dan warga pendidik di pusat ini akan mempunyai akses kepada internet untuk memudahkan aktiviti pembelajaran mereka.

Bukan itu sahaja, CelcomDigi menerusi kerjasamanya dengan Malaysian Relief Agency, telah menyumbang sebanyak 30 unit telefon pintar terpakai kepada individu kurang upaya yang berdaftar di bawah Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia.

Newsroom

Discover CelcomDigi and What Drives Us