Newsroom

Lindungi privasi anda dalam talian dengan PrivateSIM oleh CelcomDigi

April 23, 2025

PETALING JAYA, 23 April 2025 – CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) hari ini memperkenalkan PrivateSIM, eSIM khas sebagai talian kedua yang direka untuk melindungi nombor mudah alih peribadi pelanggan daripada pendedahan yang tidak diingini dan penyelewengan privasi.  

Semua pelanggan CelcomDigi Postpaid 5G1 boleh mendapatkan PrivateSIM secara eksklusif melalui CelcomDigi Online Store mulai hari ini. Hanya RM10/bulan, PrivateSIM ini dilengkapi dengan pengaktifan dalam talian yang mudah serta tidak bercanggah dengan nombor utama pengguna.

CelcomDigi PrivateSIM memastikan aktiviti digital yang lebih selamat dan terlindung:

  • Perbankan & pembayaran – Terima Kata Laluan Satu Kali (One-Time Passwords/OTPs) untuk transaksi bank dan e-dompet tanpa perlu berkongsi nombor peribadi.
  • Beli dalam talian – Berbelanja tanpa gangguan mesej promosi atau spam.
  • Media sosial – Daftar akaun tanpa menggunakan nombor peribadi.
  • Sekali guna – Sesuai untuk percubaan percuma, kod promo, atau lain-lain pendaftaran sementara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.celcomdigi.com/ms/postpaid/privatesim

1 Hanya pengguna talian utama CelcomDigi Postpaid 5G 80 dan ke atas layak melanggan PrivateSIM sebagai talian tambahan. Ia dikira sebagai satu daripada enam talian tambahan yang diperuntukkan bagi setiap talian utama.