Newsroom

Kedai utama CelcomDigi – Life- perkasa rakyat Malaysia untuk merealisasikan kehidupan terhubung

July 17, 2025

PETALING JAYA, 16 Julai 2025 – CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) hari ini mengumumkan pelancaran Life – kedai fizikal utama baharu, sekaligus menandakan langkah berani yang diambil syarikat menuju inovasi peruncitan. Terletak di The Gardens Mall dan Sunway Pyramid, kedai Life ini direkacipta sebagai hab berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman untuk pelanggan meneroka, mencuba dan memiliki teknologi keterhubungan terkini.

Pelancaran hari ini menandakan satu pencapaian baharu dalam perjalanan transformasi peruncitan CelcomDigi selama tiga tahun  yang tertumpu kepada penambahbaikan pengalaman peruncitan untuk mememenuhi keperluan digital pelanggan yang semakin berkembang. Syarikat kini memberi khidmat kepada lebih 20 juta pelanggan melalui  rangkaian peruncitan terbesar milik sendiri untuk produk dan perkhidmatan digital bagi seluruh negara. Kesemua kedai CelcomDigi kini menyedia tahap perkhidmatan yang telah dipertingkatkan dan konsep pembelajaran melalui pengalaman sebagai “go-to destination” bagi peranti berkuasa 5G dan AI, dengan pelan  mudah alih dan konvergensi untuk memperkasakan pelbagai penyelesaian pintar.  

Kedai  Life dibina untuk pelanggan meneroka kehidupan terhubung terkini. Ia memenuhi pelbagai segmen pelanggan tanpa mengira usia atau tahap pengetahuan teknologi, dari pencipta kandungan yang sering bergerak, ibu bapa  sibuk yang menginginkan rumah pintar, penggemar teknologi kesihatan atau mereka yang baru memulakan perjalanan digital mereka.  

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata, “Transformasi peruncitan ini adalah bukti komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan. Rakyat Malaysia masih mempunyai keinginan untuk menyentuh, merasa, dan memilih sebelum membuat sebarang pembelian – dan kami memenuhi keperluan ini dengan menyediakan pengalaman peruncitan yang imersif – dengan teknologi yang bakal membentuk masa depan kita.

“Kedai utama Life  menghimpunkan teknologi dan kandungan terhubung yang terbaik dalam satu ruang yang memberi peluang kepada pelanggan untuk meneroka dan mengadaptasi penyelesaian pintar dalam kehidupan seharian mereka. Menjalin kerjasama dengan syarikat yang berpandangan jauh seperti Samsung dan Disney,  mencerminkan komitmen dan kesungguhan kami untuk menjadikan kehidupan terhubung sesuatu yang mudah dicapai. Ianya juga merupakan usaha kami untuk menjadi jenama yang dipercayai dan boleh diharap oleh rakyat Malaysia dalam era serba digital ini”  

Pengalaman peruncitan generasi masa depan: Teknologi dan kandungan terbaik, dipertingkatkan oleh  CelcomDigi

Dengan keluasan  3,500 kaki persegi, kedai  Life  menampilkan satu ekosistem perniagaan bersama 20 rakan kongsi dan memperkenalkan pengalaman “kedai-dalam-kedai” yang unik. Ini merupakan satu inisiatif yang pertama seumpamanya bagi industri peruncitan telko Malaysia, di mana  dua  global terkenal, Samsung dan Disney, mempunyai zon yang memberi pengalaman khusus bagi membolehkan pelanggan merasai sendiri teknologi pintar dan kandungan terbaik.

Pentas Persembahan (The Stage)

Kerjasama eksklusif bersama Samsung mempamerkankan inovasi terkini jenama tersebut, termasuk peranti boleh pakai berfokus gaya hidup, peralatan pintar dan alat teknologi kecergasan. Pelanggan boleh berinteraksi dengan produk dan membuat pembelian segera menerusi  ‘Endless Aisle’, sebuah skrin interaktif bersaiz dinding yang membolehkan pesanan dan bayaran dalam talian serta penghantaran pembelian dilaksanakan secara efisien dan mudah.

Pixar Connect Lounge, The Gardens Mall dan Marvel Connect Lounge, Sunway Pyramid

Direka khusus bersama Disney, Pixar Connect Lounge merupakan ruang paparan bertumpukan keluarga yang diinspirasikan oleh Toy Story dan Marvel. Ruang ini mempunyai tablet yang dimuatkan dengan aktiviti interaktif dan applikasi berinspirasikan cerita Disney serta barangan dari  DisneyStore.asia

Sempena pembukaan kedai sepanjang hujung minggu dari 16-20 Julai 2025 di The Gardens Mall serta 23-27 Julai 2025 di Sunway Pyramid, para pelanggan boleh menikmati diskaun eksklusif untuk aksesori pilihan, promosi pembelian dengan pembelian serendah RM1, tawaran pakej terhad masa dan hadiah percuma bagi 100 pelanggan pertama di setiap lokasi. Pelanggan CelcomDigi boleh menikmati diskaun 15% bagi pembelian  produk Samsung melalui Endless Aisle serta diskaun 30% sekiranya mereka merupakan pelanggan CelcomDigi dengan kontrak peranti Samsung.

Ekosistem runcit CelcomDigi yang kini mencapai lebih 10,000 titik sentuhan merangkumi lebih daripada 50 kedai CelcomDigi, lebih daripada 300 kedai CelcomDigi Ekpress yang dikendalikan oleh rakan kongsi,  serta ribuan saluran perdagangan moden dan terbuka. Beserta dengan kedai dalam talian dan applikasi mudah alih syarikat, CelcomDigi kini mengendalikan salah satu rangkaian runcit terbesar di Malaysia bagi produk dan perkhidmatan digital.