Newsroom

Kajian baharu CelcomDigi S.A.F.E. Internet meneliti tahap kesedaran belia seluruh negara tentang risiko dalam talian yang pesat menular

February 9, 2026

Penemuan kajian akan menyatakan langkah yang kukuh berasaskan data bagi melindungi warga belia daripada  penipuan canggih janaan AI

PETALING JAYA, 9 Februari 2026 – Sebagai pengguna digital yang aktif, golongan muda kini mencatat jumlah mangsa tertinggi terhadap ancaman dalam talian yang semakin canggih hari ini. CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) melancarkan Kaji Selidik S.A.F.E. Internet 2026:Edisi Uni untuk memahami bagaimana anak muda Malaysia mengalami dan menangani ancaman sedemikian, termasuk penipuan yang kelihatan sangat menyakinkan melalui penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence-AI).

Kajian yang dilancarkan sempena Hari Keselamatan Internet (Safer Internet Day) 2026, akan dilaksanakan dengan kerjasama universiti dan institusi pengajian tinggi bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 5,000 responden dalam beberapa bulan akan datang. Kajian ini bertujuan mengumpul maklumat mendalam tentang pengetahuan dan pengalaman belia dan pelajar institusi pengajian tinggi dalam mengenal pasti ancaman, mentafsir tingkah laku dan kandungan dalam talian yang mencurigakan,  serta faktor yang mempengaruhi cara mereka bertindak balas. Kajian juga turut berhasrat meneliti bagaimana pendedahan terhadap kandungan janaan AI boleh membentuk keupayaan belia menilai antara benar dan palsu, baik dan buruk.

“Dewasa muda kini merupakan antara golongan paling kerap menjadi mangsa penipuan dalam talian yang semakin canggih, seperti yang dicatatkan dalam laporan 2025 State of Scams in Malaysia. Penyalahgunaan teknologi AI menjadikan penipuan atau scam lebih sukar untuk dikesan. Menerusi kajian ini, kami ingin  mengumpul pandangan dan maklumat yang perlu bagi merangka usaha-usaha berasaskan data bagi melindungi golongan belia ini dengan lebih kukuh. Dengan capaian kami di seluruh negara dan ekosistem rakan kerjasama yang luas, kami yakin dapat memperkasa rakyat Malaysia dengan kesedaran dan pengetahuan yang tepat untuk kekal selamat dalam talian,” jelas Philip Ling, Ketua Kelestarian CelcomDigi.

Hasrat murni CelcomDigi melaksanakan perniagaan bertanggungjawab berpaksikan kepada prinsip asas untuk  A.C.T. (bertindak), iaitu meningkatkan Kesedaran (Awareness), memacu Pematuhan (Compliance) tinggi diseluruh organisasi serta menyokong agensi penguatkuasaan, dan memanfaatkan kelebihan Teknologi (Technology) secara berkesan bagi menangkis ancaman siber serta membina perisai yang sesuai bagi melindungi rakyat Malaysia.  

Usaha berterusan memperkukuh keselamatan dalam dalian

Selain kajian ini, syarikat turut meneruskan usaha jangka panjang bagi meningkatkan keselamatan dalam talian dan kesedaran scam merentasi pelbagai segmen masyarakat:

·      Program pendidikan utama S.A.F.E. Internet yang menyampaikan pendidikan keselamatan digital bersasar ke seluruh negara, termasuk sesi ceramah berkala di sekolah, universiti dan pusat komuniti.

·      Rangkaian komuniti advokasi keselamatan digital yang luas bagi mendekati lebih ramai lapisan masyarakat dengan dengan lebih cepat, diperkukuh menerusi beberapa masterclass dan inisiatif seperti Creators IRL dan Youth IRL, memperkasa pemimpin remaja, pembuat kandungan, pempengaruh, petugas media dan penyampai radio bagi menyebar luas kesedaran keselamatan dalam talian.

·      Kerjasama strategik bersama rakan media bagi mewujudkan kesedaran lebih meluas, termasuk kerjasama dalam kempen siri Kisah Benar: Scam Siber dan permainan interaktif dalam talian Bolehkah anda terlepas dari scam dalam talian dan hab kisah benar mangsa scam untuk yang menyebar luas kesedaran terhadap penipuan merentasi TV, platform digital dan masyarakat pelbagai bahasa.

·      Laman sumber sehenti S.A.F.E. Internet yang menyediakan panduan ringkas, tip dan bahan boleh muat turun untuk manfaat pengguna semua peringkat umur.

Kesemua usaha ini memantap lagi komitmen syarikat dalam membina warga digital yang lebih termaklum dan berdaya bingkas. Kaji Selidik S.A.F.E Internet 2026:Edisi Uni CelcomDigi boleh diakses di SINI.