PETALING JAYA, 20 Mac 2025 – Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri, CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) menyediakan tawaran menarik termasuk perkhidmatan penstriman eksklusif, Internet pantas, Pas video, peranti, serta Internet rumah, menjadikan perayaan kali ini lebih istimewa untuk pelanggannya.
Bermula hari ini hingga 28 April 2025, promosi Hari Raya CelcomDigi memastikan sambungan dan hiburan yang lancar untuk semua pelanggan sepanjang musim perayaan.
Nikmati rancangan kegemaran anda bersama keluarga dengan tawaran penstriman eksklusif
• Pelanggan boleh menonton rancangan kegemaran mereka di Disney+ Hotstar, Viu dan iQIYI dengan StreamMORE Add-Ons serendah RM11.90/bulan. StreamMORE Add-Ons juga menawarkan kuota Internet tambahan sehingga 20GB.
• Pelanggan juga boleh menikmati rancangan terbaik Malaysia di TontonUp dengan harga diskaun eksklusif pada RM1/bulan untuk langganan bulan pertama apabila memilih untuk membayar melalui "Pay via CelcomDigi".
Pas video dan Internet berkelajuan tinggi untuk hiburan tanpa henti
• Hanya dengan RM6, pelanggan boleh mendapatkan Pas video 2999GB. Sah selama 4 hari, pas ini menyokong penstriman berkelajuan tinggi di Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, Netflix dan YouTube, memberikan pelanggan hiburan berterusan.
• Pelanggan juga boleh memilih pas Internet 2999GB dengan tempoh sah 4 hari hanya dengan RM8. Boleh dibeli melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi, pas ini memastikan pelanggan kekal terhubung tanpa gangguan dengan sambungan Internet pantas.
Dapatkan iPhone 16 terbaru serendah RM75/bulan
• Pelanggan kini boleh memiliki iPhone 16 terbaru dengan penjimatan sehingga RM1,591 melalui CelcomDigi Easy360, iaitu pelan pembiayaan peranti paling mudah dengan ansuran sehingga 36 bulan. Dilengkapi dengan kamera canggih dan bateri tahan lama, iPhone 16 adalah teman sempurna untuk merakamkan detik indah Hari Raya.
Sambungan tanpa gangguan di rumah dengan CelcomDigi Fibre
• Pelanggan pelan CelcomDigi Postpaid RM60 dan ke atas boleh menikmati 6 bulan langganan CelcomDigi Fibre secara percuma apabila mendaftar pelan CelcomDigi Fibre 300Mbps pada harga RM139/bulan.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran hebat ini! Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Hari Raya dan tawaran yang lain, layari https://cdlink.net/HCXE
© Copyright 2025 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.