.jpg)

CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) telah memperkenalkan PhoneFIX, langganan khidmat pembaikan telefon mudah alih yang direka khas untuk pembaikan yang mudah, pantas dan tanpa kerumitan, memudahkan pelanggan melindungi peranti mereka tanpa beban kos pembaikan yang tinggi. Melalui kolaborasi bersama Swap Asia, PhoneFIX kini ditawarkan kepada semua pelanggan prabayar dan pascabayar CelcomDigi, dengan harga dari serendah RM3/sebulan, dengan bulan pertama hanya RM1.
Dengan PhoneFIX, peranti yang menghadapi isu lazim seperti skrin retak dan bateri rosak boleh dibaiki segera pada hari yang sama, sekaligus memastikan gangguan minimum kepada aktiviti harian. Disokong oleh pakar peranti dan sokongan pelanggan khusus, perkhidmatan baharu ini meliputi peranti yang layak, termasuk yang tidak dibeli daripada CelcomDigi.
Proses pendaftaran perkhidmatan ini cukup mudah dan cepat. Pelanggan boleh melanggan menerusi aplikasi CelcomDigi dengan mengimbas peranti mereka dan mengaktifkan bulan pertama hanya pada harga RM1. Dengan PhoneFIX, CelcomDigi mengukuhkan portfolio penjagaan perantinya, daripada keperluan pembaikan harian hinggalah kepada perkhidmatan tukar atau ganti peranti yang mudah, menawarkan penyelesaian menyeluruh untuk memastikan peranti pelanggan sentiasa berada dalam keadaan optimum bagi kesalinghubungan tanpa gangguan.
Untuk ketahui lebih lanjut atau langganan, sila kunjungi https://cdlink.net/phonefix.
© Copyright 2025 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.