Newsroom

CelcomDigi tawar Protect+ dengan AppleCare Services

October 5, 2026

Pelanggan kini boleh nikmati perlindungan komprehensif untuk iPhone dan tiga peranti Apple terpilih di bawah satu langganan bulanan dengan penjimatan lebih berbaloi

PETALING JAYA, 5 Oktober 2026 – CelcomDigi Berhad ("CelcomDigi") kini menawarkan Protect+ dengan AppleCare Services, pelan perlindungan pelbagai peranti yang direka untuk melindungi peranti Apple yang layak termasuk iPhone, iPad, Apple Watch, AirPods dan fon kepala Beats.

Melalui Protect+ dengan AppleCare Services, CelcomDigi terus mengukuhkan komitmennya untuk menyediakan pengalaman pemilikan peranti terbaik kepada pengguna dengan menawarkan cara yang lebih mudah untuk melindungi peranti Apple yang layak. Dengan hanya  satu langganan bulanan, Protect+ dengan AppleCare Services menyediakan perlindungan menyeluruh untuk peranti Apple dalam satu pelan. Pelanggan boleh memilih untuk melindungi satu peralatan, atau menggabungkan perlindungan hingga tiga peranti tambahan yang layak di bawah satu langganan bulanan.

Pelan langganan Protect+ dengan AppleCare Services bermula daripada serendah RM50 sebulan dengan pembelian model iPhone baharu yang layak menerusi program ansuran peranti Easy360 CelcomDigi.

Pelanggan akan menikmati pelbagai manfaat yang didatangkan bersama AppleCare Services termasuk perlindungan bagi kerosakan tidak sengaja seperti terjatuh atau terkena tumpahan cecair, sokongan prioriti 24/7 daripada pakar Apple, perkhidmatan pembaikan yang pantas dan mudah oleh penyedia perkhidmatan yang perakui Apple, serta penggantian bateri apabila kapasitinya menurun1 .

Protect+ turut menawarkan perlindungan kehilangan dan kecurian untuk iPhone, dengan menyediakan penggantian peranti yang setara sekiranya peranti tiada lagi dalam simpanan pelanggan. Selain itu, pelanggan juga mempunyai fleksibiliti untuk menukar peranti yang layak mengikut keperluan.

Pelan ini kini boleh dilanggan menerusi laman web CelcomDigi, kedai dalam talian dan kedai runcit CelcomDigi di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Protect+ dengan AppleCare Services, layari  https://cdlink.net/protectplus.

‍

1 Tertakluk kepada bateri yang mempunyai kurang daripada 80 peratus kapasiti asalnya

‍