.jpg)

PETALING JAYA, 23 Disember 2025 – Menutup tirai tahun 2025, CelcomDigi menyoroti kisah generasi muda Malaysia yang berani memulakan langkah, cekal menghadapi cabaran untuk maju, dan terus digerakkan oleh impian besar mereka. The Network of Tomorrow’s Champions adalah sebuah filem yang meraikan semangat juang yang ditunjukkan oleh barisan individu hebat yang menginspirasikan negara, sekaligus mencerminkan komitmen CelcomDigi untuk memastikan rakyat, komuniti dan peluang kekal terhubung.
Menerusi filem pendek ini, kita diperkenalkan kepada rakyat Malaysia yang berjaya menukar minat mereka menjadi satu pencapaian besar: daripada gergasi e-sukan Selangor Red Giants (SRG.OG) kepada jaguh larian menara yang telah memenangi banyak kejuaraan Soh Wai Ching, juara acara perseorangan wanita Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025 Emma Firyana Saroji, prodigi sukan permotoran berusia 13 tahun Qabil Irfan yang menjuarai Espana Superbike Championship, serta Wan Muhammad Ammar Asyraf bin Wan Azizie Nazri dan Aliff Ziqri bin Jasmin, bintang muda yang sedang melakar nama dalam arena sepak takraw Malaysia, masing-masing membuktikan bahawa usaha dan dedikasi mampu mengubah Impian menjadi kenyataan.
The Network of Tomorrow’s Champions turut menampilkan pembikin kandungan dokumentari kreatif dan pemenang anugerah, Small Towns Malaysia; artis grafiti Wilson Ng, bakat di sebalik mural terbesar di Sabah; serta ahli biologi marin dan aktivis pemuliharaan alam, Alvin Chelliah – bersama-sama mereka melakar gambaran masa depan juara Malaysia yang penuh warna-warni. Perjalanan setiap individu ini selari dengan kepercayaan CelcomDigi bahawa setiap juara bermula dengan satu langkah kecil. Dengan sokongan yang padu, setiap langkah ini mampu membina Malaysia yang lebih terhubung, lebih maju dan berpandangan jauh.
Seiring dengan para juara ini yang berkembang maju melalui ketabahan dan keyakinan, CelcomDigi terus mengukuhkan kedudukannya sebagai rangkaian terluas, terpantas dan paling selamat di negara ini dengan sokongan lebih 20 juta rakyat Malaysia. Sepanjang tahun 2025, kami telah memperhalusi erti keterhubungan dengan menyatukan komuniti bandar dan luar bandar, memperkasakan arena e-sukan, menjayakan impian yang mungkin bermula dari pekan kecil, serta membuka laluan untuk pencipta kandungan dan ahli sukan berkembang maju. Setiap pencapaian tahun ini terhasil daripada kepercayaan dan keyakinan pelanggan CelcomDigi yang sentiasa bersama kami sejak hari pertama.
Ketika Malaysia melangkah ke tahun baharu, CelcomDigi mengajak semua untuk meraikan kejayaan semalam dan menyambut peluang yang menanti pada hari esok. Berteraskan rangkaian No.1 Malaysia, CelcomDigi terus memperkasa juara masa depan untuk bangkit dan menyerlah.
Mulakan tahun baru seperti juara dengan Jualan Akhir Tahun CelcomDigi.
Bagi menyambut 2026 dengan permulaan yang mantap, CelcomDigi menawarkan pelbagai tawaran eksklusif yang sesuai untuk juara:
· Dapatkan Galaxy Watch8 atau Buds3 Pro percuma dengan setiap pembelian Samsung Galaxy Z Fold 7 atau Z Flip 7, secara eksklusif menerusi Easy360, pelan bayaran ansuran paling mudah.
· Nikmati akses percuma Viu Premium selama setahun dengan setiap naik taraf telefon baharu menerusi kontrak 12-bulan di bawah Pakej MegaJimat
· Cuba CelcomDigi MobileSHIELD dengan hanya RM1 untuk bulan pertama dan lindungi telefon anda daripada ancaman dalam talian
· Terokai lebih banyak lagi tawaran hebat di https://cdlink.net/championdeals
Tambah keceriaan musim perayaan ini dengan menyediakan hadiah peribadi yang penuh bermakna untuk insan tersayang dengan memilih daipada pelbagai peranti dan aksesori yang ditawarkan di Kedai CelcomDigi di seluruh negara.
CelcomDigi mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Tontoni video penuh di saluran YouTube rasmi CelcomDigi di sini https://youtu.be/zhE_MVfh568?si=tJLWyGs5xB29liCb
© Copyright 2025 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.