

PETALING JAYA, 11 Februari 2026 – Ketika rakyat Malaysia bersiap menyambut Tahun Baru Cina, CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) mengajak semua untuk berhenti seketika dan menelusuri lebih mendalam detik-detik perayaan yang sememangnya dekat di hati mereka. Filem perayaan tahun ini, “Behind The 新”, meneruskan usaha syarikat menghargai individu hebat yang dengan penuh dedikasi, kemahiran dan ketabahan memastikan warisan budaya terus terpelihara.
“Behind The 新” membawa penonton menyusuri dunia para karyawan dan penggiat seni yang jarang diberi perhatian. Mereka menghabiskan masa yang lama untuk membentuk sambutan perayaan yang menghubungkan kita dengan akar budaya. Dari pembuat colok dan karyawan kepala singa, kepada pembuat kuih kapit dan penulis kaligrafi Cina, komitmen serta usaha gigih mereka telah lama menjadi benteng yang menjaga dan menghidupkan inti pati perayaan –warna, bunyi dan rasa yang sinonim dengan Tahun Baru Cina.
Sebagai jenama yang dekat dengan kehidupan rakyat Malaysia, CelcomDigi percaya bahawa keterhubungan itu melangkaui dunia digital. Ia hidup dalam tradisi dan insan yang membentuk identiti bersama.
“Dengan menghargai para karyawan ini yang tanpa mengira penat lelah mencurahkan jiwa dan raga untuk memelihara warisan budaya, kami ingin mengingatkan kembali rakyat Malaysia bahawa setiap perayaan terhasil daripada kasih sayang, pengorbanan dan hasil tangan mereka yang datang sebelum kita. Ini mencerminkan aspirasi kami untuk membina keterhubungan bermakna yang mampu mengangkat komuniti, menghargai asal usul dan memelihara warisan untuk generasi seterusnya. Dan sebagaimana mereka bekerja di belakang tabir bagi mengekalkan tradisi, CelcomDigi juga sentiasa berada di belakang lebih 20 juta rakyat Malaysia, memastikan mereka kekal terhubung setiap hari dengan rangkaian yang paling luas, paling pantas dan selamat,” jelas Chan May Ling, Ketua Jenama dan Perkhidmatan Pemasaran CelcomDigi.
Menghargai warisan, mencorak masa depan
Meneruskan komitmen untuk mengangkat komuniti dan menyemai inspirasi dalam generasi muda, CelcomDigi turut mengetengahkan bakat-bakat baharu negara melalui inisiatif khas bertajuk “Designed by Tomorrow’s Creators”. Sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun ini, program tersebut mempelawa artis muda berbakat untuk memperlihatkan daya kreativiti mereka menerusi pertandingan rekaan rekabentuk sampul ang pau.
Empat rekaan terpilih menampilkan interpretasi tradisi Tahun Baru Cina yang segar dengan gaya kontemporari, dilihat melalui perspektif unik artis muda ini. Ilustrasi yang penuh warna serta penceritaan peribadi mereka berjaya menangkap makna dan semangat musim perayaan.
Saksikan kisah di sebalik inisiatif rekabentuk sampul ang pau yang meraikan kreativiti belia Malaysia serta bakat di sebalik ilustrasi di sini.
Nikmati lebih penjimatan untuk Tahun Baru Cina yang lebih ceria
CelcomDigi menyambut Tahun Kuda dengan `barisan tawaran perayaan yang direka untuk membawa lebih keceriaan, lebih nilai dan lebih banyak cara untuk rakyat Malaysia terus kekal terhubung di sepanjang musim perayaan ini:
CelcomDigi mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikan. Gong Xi Fa Cai!
Tonton video penuh di saluran YouTube rasmi CelcomDigi di sini.
© Copyright 2026 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.