

PETALING JAYA, 11 Mac 2026 – Menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri, CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) hari ini memperkenalkan “Penyeri Tradisi Raya”, sebuah filem pendek istimewa yang menyingkap kisah di sebalik tabir untuk mengetengahkan insan-insan luar biasa. Dengan kemahiran dan hasil tangan, mereka memainkan peranan penting dalam menyemarakkan lagi suasana sambutan Hari Raya yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita sejak kecil.
“Penyeri Tradisi Raya” meneruskan usaha CelcomDigi dalam menghargai para penggiat seni dan pemelihara tradisi yang sering tidak kelihatan, namun menjadi tunjang dalam membentuk ‘jiwa’ sambutan Hari Raya kita. Filem ini menonjolkan semangat dedikasi, ketelitian dan kemahiran mereka dalam menghasilkan keperluan tradisi yang sinonim dengan Aidilfitri, daripada kehalusan tenunan songket dan pembuatan songkok yang teliti, hinggalah kepada sinaran hangat pelita serta aroma harum lemang. Semuanya membentuk kenangan Syawal yang begitu bermakna bagi ramai rakyat Malaysia.
Dalam era yang semakin terhubung, CelcomDigi percaya bahawa makna hubungan sebenar melangkaui teknologi semata-mata. Ia hidup dalam budaya, komuniti dan tradisi yang menyatukan kita, satu peringatan bahawa walaupun dunia digital bergerak pantas, warisan kita terus subur dan kekal relevan.
“Di sebalik setiap perayaan wujud rangkaian insan-insan yang menjaga tradisi, para penggiat seni, ahli keluarga dan komuniti yang mencurahkan usaha dengan penuh kasih sayang dalam menghidupkan semangat Hari Raya. ‘Penyeri Tradisi Raya’ adalah tanda penghargaan kami kepada mereka yang tanpa jemu memelihara makna sebenar sambutan ini. Dalam menuju masa depan digital, kami ingin memastikan tradisi ini terus berkembang dan dapat dikongsikan dan dinikmati lebih ramai rakyat Malaysia melalui rangkaian terluas, terpantas dan selamat, agar semangat Hari Raya terus hidup dan kekal relevan untuk generasi akan datang,” kata Chan May Ling, Ketua Jenama dan Perkhidmatan Pemasaran CelcomDigi.
Aidilfitri dari kaca mata bakat muda Malaysia
Selaras dengan semangat memelihara tradisi sambil membuka ruang kepada idea baharu, CelcomDigi turut meraikan bakat muda tempatan sempena Hari Raya tahun ini. Syarikat meneruskan inisiatif khas yang memberi peluang kepada bakat baharu untuk mengimaginasikan semula Hari Raya Aidilfitri melalui perspektif seni mereka sendiri, seterusnya dizahirkan dalam bentuk rekaan sampul raya yang kreatif.
Setiap rekaan menampilkan interpretasi Aidilfitri kontemporari, sarat dengan nilai kebersamaan, kesyukuran dan kebanggaan terhadap budaya yang memperlihatkan bagaimana tema-tema ini terus berkembang seiring generasi baharu. Hasil karya mereka memberikan gambaran bagaimana tradisi Raya boleh dipelihara dan dihargai dalam cara yang lebih segar dan berimaginatif.
Saksikan kisah di sebalik inisiatif sampul raya ini, satu penghargaan kepada kreativiti belia Malaysia dan bakat di sebalik ilustrasi tersebut di SINI.
Raikan Syawal dengan tawaran eksklusif
CelcomDigi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia dan semoga sambutan anda tahun ini penuh makna bersama insan tersayang.
Untuk menonton filem pendek ini, layari saluran YouTube rasmi CelcomDigi di https://youtu.be/9b83O29CPxU
© Copyright 2026 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.