Newsroom

CelcomDigi Postpaid 5G serba baharu untuk rakyat Malaysia yang sentiasa terhubung dan sedia masa hadapan

February 5, 2026

Internet dan kelajuan tanpa had berserta hiburan premium, keselamatan yang terbina dalam, dan fleksibiliti pelan

PETALING JAYA, 5 Februari 2026 – CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) hari ini memperkenalkan rangkaian pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang ditambah baik, direka untuk memenuhi keperluan digital pelanggan yang semakin meningkat. Pelan pascabayar ini menawarkan pengalaman mudah alih yang dipertingkat dan sedia untuk masa hadapan, dengan kelajuan terbaik, faedah pelan yang sepadan untuk talian tambahan, hiburan premium serta perlindungan keselamatan dalam talian.

Pelan baharu dalam rangkaian Postpaid 5G yang dipertingkatkan ini ialah Postpaid 5G 190 pada harga RM190 sebulan, direka khas untuk pelanggan yang menginginkan pengalaman pascabayar yang unggul. Melengkapinya adalah barisan pelan Postpaid 5G yang diperbaharui, disesuaikan dengan pelbagai keperluan pelanggan — daripada pengguna tegar yang mahukan rangkaian perkhidmatan yang menyeluruh, hinggalah kepada mereka dengan penggunaan mudah alih yang lebih ringan.

Ciri dipertingkat dalam setiap pelan untuk setiap detik harian anda

Pelan Postpaid 5G yang dipertingkat kini hadir dengan beberapa ciri baharu:

  1. Hiburan premium, pada bila-bila masa – Nikmati hiburan tanpa henti di mana sahaja dengan perkhidmatan penstriman popular seperti Prime Video dan Viu Premium.
  2. Pengalaman dalam talian yang lebih selamat – Nikmati perlindungan yang dipertingkat untuk pengalaman dalam talian yang lebih selamat dan terjamin melalui WebSHIELD terbina dalam yang didatangkan bersama pelan Postpaid 5G bermula dari Postpaid 5G 100 dan ke atas.
  3. Talian tambahan fleksibel dengan faedah pelan penuh – Pilih mana-mana pelan Postpaid 5G baharu sebagai talian tambahan dan nikmati manfaat penuh pelan dengan diskaun.

Lebih banyak cara mudah memiliki peranti 5G terkini

Pelanggan kini boleh memiliki peranti 5G terkini melalui lebih banyak pilihan dan penjimatan.

  1. Easy360 – Pelbagai pilihan peranti premium dengan pelan ansuran yang mudah dan fleksibel tanpa bayaran pendahuluan serta tanpa faedah, termasuk iPhone 17 yang terkini, Honor Magic V5 5G dan Samsung Galaxy Z Fold7 5G.
  2. Pakej MegaJimat – Pilihan telefon 5G percuma yang lebih luas termasuk Honor X9d 5G, Redmi Note 15 Pro 5G, dan Vivo Y31 5G.
  3. Pelanggan dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G aktif juga boleh membeli peranti tambahan secara terus, tanpa kontrak, pada harga pasaran yang kompetitif.

Lebih banyak manfaat perantauan dan tambah nilai

Pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang ditambah baik turut membuka lebih banyak faedah perantauan untuk pengembara. Perkhidmatan perantauan di Singapura, Indonesia dan Thailand disertakan sebagai sebahagian faedah pelan bagi Postpaid 5G 190, manakala pelanggan Postpaid 5G 120 dan ke atas boleh menikmati potongan sehingga 50% bagi pas perantauan.

Untuk pengalaman mudah alih yang lebih diperibadikan, pelanggan juga boleh memilih daripada Mega Add Ons dan Freedom Add Ons bagi kuota tambahan, rebat, kandungan premium, dan alat keselamatan digital, dengan beberapa pilihan bermula daripada kos sifar.

Tawaran eksklusif untuk pelanggan port-in

Untuk masa terhad, pelanggan yang port-in kepada pelan CelcomDigi Postpaid 5G baharu boleh menikmati rebat sehingga RM120.

Kesemua penambahbaikan ini mencerminkan komitmen CelcomDigi untuk menyediakan pengalaman mudah alih yang lebih baik, dibina berasaskan keperluan dan harapan pelanggan.

Pelan CelcomDigi Postpaid 5G baharu kini boleh didapati untuk pelanggan baharu dan sedia ada di semua CelcomDigi Store di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari https://cdlink.net/postpaid