.jpg)

PETALING JAYA, 6 Januari 2026 – CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) hari ini memperkenalkan SafePAY Jr sebagai sebahagian daripada portfolio produk keselamatannya melalui kerjasama dengan Debit Circles Sdn Bhd (“Vircle”). SafePAY Jr menggabungkan e-dompet Vircle dengan kad Prabayar Vircle Visa yang selamat untuk kanak-kanak. Ibubapa tak perlu bimbang kerana ia menawarkan cara mudah, selamat dan praktikal untuk mengajar anak-anak tentang tanggungjawab kewangan, sambil melindungi mereka daripada perbelanjaan yang tidak terkawal. Dengan pemantauan digital dan kawalan yang mudah, ibubapa boleh mengurus transaksi anak-anak dengan cara yang selamat dan mudah. Kerjasama ini mencerminkan komitmen kedua-dua syarikat untuk memperkasa keluarga dengan tabiat kewangan yang bertanggungjawab dan selamat, merangkumi pengalaman dunia digital dan dunia sebenar.
Ditawarkan secara eksklusif kepada pelanggan PascaBayar CelcomDigi, SafePAY Jr kini boleh dilanggan pada harga pengenalan istimewa RM1 bagi bulan pertama (RM8/sebulan selepas itu), dengan yuran pemprosesan sekali sahaja sebanyak RM10 semasa pendaftaran.
Langganan SafePAY Jr menawarkan ibu bapa keupayaan menyelia kewangan secara komprehensif bagi perbelanjaan luar sekolah menerusi satu aplikasi tunggal, membolehkan ibubapa mengurus elaun, menetapkan had perbelanjaan, membenarkan atau menyekat kategori perbelanjaan tertentu, serta memantau setiap transaksi pada masa nyata. Ciri-ciri utama termasuk:
SafePAY Jr boleh dilanggani menerusi aplikasi CelcomDigi. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://cdlink.net/vircle
NOTA: Aplikasi dan kad Vircle dikeluarkan oleh Debit Circles Sdn Bhd dengan kerjasama E-Money (berlesen) dan pengeluar kad Visa prabayar Fass Payment Solutions Sdn Bhd (Fasspay)
© Copyright 2026 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.