Newsroom

CelcomDigi perkenal MobileSHIELD untuk lindungi pelanggan dalam talian

August 7, 2025

PETALING JAYA, 7 Ogos 2025 – CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) hari ini memperkenalkan MobileSHIELD, aplikasi keselamatan mudah alih yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI) yang memberi kawalan penuh terhadap keselamatan digital mereka. MobileSHIELD membantu pelanggan supaya sentiasa dilindungi daripada ancaman digital seperti penipuan dalam talian (scam), aplikasi berbahaya, ketirisan identiti dan ancaman privasi.

MobileSHIELD kini boleh dilanggan pada harga RM10/bulan atau RM4/bulan dengan tempoh kontrak selama 12 bulan. Sempena pelancaran ini, pelanggan yang melanggan antara 7 Ogos sehingga 18 September 2025 boleh nikmati percubaan percuma selama sebulan.  

Dibangunkan dengan kerjasama F-Secure, MobileSHIELD menyediakan perlindungan menyeluruh melalui satu aplikasi yang mudah digunakan:  

  • Perlindungan Scam & Keselamatan: Menyekat laman web palsu dan penipuan SMS, melindungi sambungan Wi-Fi, dan melindungi peranti semasa melayari Internet, melakukan perbankan, membeli-belah dan memuat turun kandungan.
  • Pemantauan Identiti: Memberi amaran kepada pengguna apabila data peribadi mereka diceroboh, membolehkan tindakan segera diambil.
  • Perlindungan Peranti: Mengesan dan melindungi daripada perisian hasad (malware) dan aplikasi berisiko.
  • VPN Privasi: Menyulitkan aktiviti Internet bagi memastikan aktiviti pelayaran kekal peribadi, terutamanya ketika mengguna Wi-Fi awam.

Pelanggan boleh melanggan MobileSHIELD menerusi aplikasi Celcom Life  atau MyDigi dan memuat turun MobileSHIELD daripada gedung aplikasi (app store).

Pelancaran MobileSHIELD mencerminkan usaha berterusan CelcomDigi untuk melindungi pelanggan di ruang digital. Ia melengkapi pelbagai program pendidikan seperti kempen S.A.F.E. Internet, inisiatif kesedaran dan pelaporan penipuan di seluruh negara, serta forum tahunan Trust Circle — kesemuanya bertujuan memperkasakan rakyat Malaysia dengan alat dan pengetahuan untuk kekal selamat ketika dalam talian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari cdlink.net/MobileSHIELD