Newsroom

CelcomDigi perkenal kebebasan 5G tanpa had untuk Gen Now yang sentiasa dalam talian

January 28, 2026

Pelanggan boleh nikmati penstriman tanpa henti, tempoh sah lebih panjang dan fleksibiliti dengan pas Internet mudah alih Power dan Hyper.

CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) kini memperbaharui pengalaman prabayar rakyat Malaysia dengan memperkenalkan pas Internet mudah alih Prepaid 5G Hyper dan Power terbaharu, direka untuk memberikan kebebasan 5G sepanjang hari kepada pelanggan yang sentiasa aktif dalam talian. Disesuaikan untuk gaya hidup Gen Now yang pantas dan sentiasa terhubung, pas Internet mudah alih baharu ini menawarkan prestasi rangkaian yang lebih mantap, ketersambungan yang boleh dipercayai serta nilai hebat, merangkumi Internet berkuota besar hingga Internet tanpa had, dipadankan dengan kelajuan 5G tanpa had dan akses kepada hiburan premium.

Di samping itu, pas Prepaid 5G Hyper dan Power turut didatangkan dengan panggilan tanpa had ke semua rangkaian serta hotspot tanpa had, memastikan pengguna kekal berhubung di pelbagai peranti tanpa gangguan.  Sama ada untuk penstriman, bermain permainan dalam talian, melayari media sosial, atau bekerja semasa dalam perjalanan, rangkaian pas prabayar baharu ini direka untuk mengikuti gaya hidup digital Gen Now tanpa melengahkan pengalaman mereka.

Prabayar 5G Hyper: Sambungan 5G yang pantas dan mudah untuk kegunaan harian

Bermula dari RM30, pas CelcomDigi Prepaid 5G Hyper direka untuk pengguna yang mahukan sambungan 5G yang pantas dan ringkas, tanpa sebarang kerenah. Didatangkan dengan kuota yang besar serta sambungan 5G yang stabil, pas Hyper sangat sesuai untuk kegunaan harian seperti melayari Internet, penstriman, media sosial dan kekal terhubung sepanjang hari.

Prepaid 5G Power: Sambungan tanpa had, hiburan premium untuk gaya hidup sentiasa terhubung

Pas Internet mudah alih CelcomDigi Prepaid 5G Power amat sesuai untuk pengguna tegar yang memerlukan sambungan berterusan yang kekal stabil. Bermula dari RM35, pas ini menawarkan Internet 5G tanpa had membolehkan pengguna melakukan penstriman, permainan dalam talian dan pelbagai tugasan sepanjang hari.

Hari ini, CelcomDigi turut memperkenalkan Prepaid 5G Power+, yang memberikan pengalaman benar-benar tanpa had dengan data dan kelajuan 5G tanpa had, termasuk akses kepada hiburan premium seperti Prime Video dan Vui. Bermula dari RM55, Power+ menggabungkan sambungan berprestasi tinggi dan hiburan dalam satu pelan prabayar, sesuai untuk pengguna yang mahukan pengalaman mudah alih terbaik

Dengan pelancaran pas Internet mudah alih Prepaid 5G Power dan Hyper ini, CelcomDigi terus memperbaharui penawaran prabayar melalui kelajuan lebih pantas, kebebasan 5G sepanjang hari dan fleksibiliti yang bersesuaian dengan cara rakyat Malaysia menggunakan telefon dimasa kini.  

Pelanggan baru boleh melanggan kedua pas Internet mudah alih ini di kesemua CelcomDigi Store atau melalui pengedar serta rakan niaga sah. Pelanggan prabayar sedia ada  juga boleh melanggan melalui aplikasi CelcomDigi.

Untuk maklumat lanjut, layari https://cdlink.net/prabayar