Newsroom

CelcomDigi pelawa rakyat Malaysia untuk menjayakan iklan kolaboratif Hari Malaysia yang terbesar!

September 9, 2023

PETALING JAYA, 9 September 2023 – CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) mempelawa seluruh rakyat Malaysia untuk berpadu tenaga dan mencipta sebuah karya Hari Malaysia yang ikonik untuk dibintangkan dalam iklan kolaboratif Hari Malaysia yang terbesar dalam negara!

Diilhamkan oleh semangat perpaduan dan tema hari kebangsaan kita untuk tahun ini, “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, CelcomDigi berhasrat untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui sebuah karya unik yang mempamerkan kemajmukan serta pelbagai budaya yang mewarnai negara kita. Malaysia membawakan erti yang berbagai-bagai bagi setiap warganya, jadi ini merupakan satu peluang yang menarik untuk rakyat Malaysia meluahkan apa yang mereka suka tentang negara ini dan mengapa mereka berbangga untuk bergelar rakyat Malaysia!

Rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dalam projek #CelcomDigiHariMalaysia yang istimewa ini mengikuti cara berikut:

Langkah 1: Cungkil kreativiti dan ambil gambar Malaysia yang anda cintai dari perspektif anda

Langkah 2: Muat naik gambar tersebut pada laman Instagram anda dengan tanda pagar #CelcomDigiHariMalaysia

Langkah 3: Pastikan profil anda boleh ditatap oleh umum

Penghantaran gambar diterima mulai hari ini sehingga 12 September 2023, 11:59 malam.

Hantar sebanyak gambar yang anda inginkan untuk berpeluang menyaksikan gambar anda dipamerkan pada tanggal 16 September 2023 ini di lebih 60 papan iklan digital yang menghiasi outlet-outlet Celcom Bluecube dan Digi Store seluruh negara!

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://cd.link/cdharimalaysia

Newsroom

Discover CelcomDigi and What Drives Us