

Pulau Pinang, 13 Ogos 2026 – CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) berbangga dapat melaksanakan satu lagi edisi Bengkel Digital MY5G SME bagi perusahaan kecil dan sederhana (SME) di wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Program berkenaan, kini telah menyusuri tahun ke-empat, berjaya memberi impak positif kepada lebih 3,000 usahawan tempatan.
Pelaksanaan program ini memaparkan komitmen CelcomDigi untuk memperkasa SME tempatan dengan kemahiran praktikal digital dan akses kepada alat (tool) penting bagi pertumbuhan ekonomi digital. Format terbaru juga diperkenal tahun ini bagi terus menyokong SME di pelbagai peringkat kitaran hayat perniagaan SME. Bagi perniagaan di peringkat permulaan, modul diketengahkan adalah memfokus kepada membina kehadiran digital yang baik manakala perusahaan tersedia maju didedahkan dengan pelbagai penyelesaian teknologi yang mudah diguna pakai bagi operasi harian.
Dilaksanakan di empat belas lokasi seluruh Malaysia, program wilayah Utara berlangsung minggu ini dengan penyertaan lebih 300 SME. Selain CelcomDigi, rakan seusaha program termasuk Boost Bank, Funding Societies Malaysia, Swipey, CTOS Data Systems (CTOS), CardUp, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia (SME Bank), Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), SME Corporation Malaysia (SME Corp), Small and Medium Enterprises Association of Malaysia (SAMENTA), Digital Penang, Onsmo Lighting Malaysia (Onsmo), dan TikTok Shop Malaysia.
Respon peserta bengkel juga sangat menggalakkan. Menurut Puan Noor Shamsiah bt Mohd Farouk Marican dan suami, Encik Mohd Masnizam bin Abu Bakar, pemilik Dapur Bakar Ayam Goreng Kunyit, “Kami sudah bersusah payah untuk memasarkan produk secara dalam talian bagi mencapai pelanggan baru tetapi tidak tahu di mana nak mula. Bengkel ini memberi idea praktikal yang boleh diamal segera, terutama tentang konten dan perdagangan sosial. Baru kami nampak bagaimana alat digital boleh selesaikan cabaran sebenar bisnes, bukan sekadar teknologi yang harus diguna pakai.”
Puan Shamsiah dan pasangan adalah peserta berulang daripada bengkel yang diadakan tahun lepas. Bermula hanya dengan bisnes dengan kenderaan sorong tiga roda di Pulau Pinang, kini pasangan ini memiliki tiga belas cawangan niaga di seluruh negara. Kesemua cawangan adalah pelanggan Pascabayar Perniagaan CelcomDigi dan mengguna penyelesaian Fiber untuk keterhubungan yang boleh dipercayai.
Selain bengkel, program ini turut menggandingkan sesi lawatan pasaran, iaitu sebahagian daripada peranan Skuad 5G Edisi SME di pelbagai lokasi termasuk Pasar Awam Bagan Ajam dan Pasar Awam Sri Muda di Pulau Pinang. Sesi lawatan turut memudah cara pembabitan lebih 110 pemilik perniagaan supaya dapat memahami segala keperluan dan cabaran yang mereka hadapi.
Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, T Kugan berkata, “SME tak perlu pendigitalan yang rumit. Mereka perlu penyelesaian kepada cabaran seperti mencapai pelanggan baru, mengurus aliran tunai, membikin konten, atau mendapat partner terbaik untuk berkembang maju. Bengkel ini fokus menyedia pengetahuan praktikal, akses terbuka kepada pakar industri dan pelajaran ‘hands-on’ tentang bagaimana teknologi boleh melonjak perniagaan jadi lebih bagus.”
Beliau menambah, “Pembabitan di arena sama pentingnya kerana dapat membawa perbualan terus kepada pemilik perniagaan. Hal ini penting bagi membantu kami jadikan pendigitalan lebih relevan, mudah akses dan bertindak spontan demi manfaat segera SME Malaysia.”
Maklumat selanjutnya tentang MY5G SME Digital Workshop Series 2026 dan jadual penuh bengkel boleh diperolehi di laman web CelcomDigi Business. Pendaftaran kini dibuka, dan pihak SME yang berminat boleh daftar mengikut sesi pilihan masing-masing di sini.
© Copyright 2026 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.