PETALING JAYA, 2 Julai 2025 – Bermula 1 Julai 2025, pelanggan CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) kini boleh mendapatkan e-Invois yang mematuhi garis panduan seperti yang ditetapkan olen Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pelaksanaan ini menyokong inisiatif LHDN untuk mendigitalkan pentadbiran cukai serta memberikan pelanggan kaedah yang lebih cekap dan telus dalam mengurus rekod transaksi mereka.
e-Invois ini hanya terpakai untuk semua transaksi yang dibuat terus dengan CelcomDigi, termasuk pembelian melalui laman web atau aplikasi mudah alih CelcomDigi. Bagi transaksi yang dilakukan melalui wakil jualan, pengedar, atau platform pihak ketiga , pelanggan perlu mendapatkan e-Invois terus daripada pembekal berkenaan, jika disediakan.
Pelanggan disaran untuk melengkapkan pendaftaran sekali sahaja melalui Portal e-Invois CelcomDigi di https://cdlink.net/CD-eInvoice-Portal untuk mendapatkan e-Invois mereka Pelanggan hanya perlu menggunakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) yang boleh diperolehi daripada portal MyTax.
Untuk Pelanggan Pascabayar:
Untuk Pelanggan Prabayar, Pembelian Peranti atau Transaksi Sekali:
Untuk maklumat lanjut mengenai e-Invois, sila layari https://cdlink.net/CD-eInvoice-FAQ
© Copyright 2025 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.