Newsroom

CelcomDigi menyediakan masyarakat untuk kekal selamat dan terhubung semasa bencana alam

November 6, 2023

PETALING JAYA, 6 November 2023 – CelcomDigi Berhad ("CelcomDigi") mengambil langkah tambahan untuk menjaga keselamatan masyarakat ketika musim monsun dengan menyediakan kit pengurusan bencana.

Infografik ini mengandungi langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil sebelum, semasa, dan selepas banjir. Antara lain, kit ini juga memperincikan tip-tip penting untuk menjimatkan penggunaan bateri peranti serta tindakan-tindakan yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa banjir, seperti memakai kasut yang sesuai, tidak memandu mengharungi banjir, dan menutup semua tingkap atau pintu masuk untuk mengurangkan kerosakan air banjir di rumah.  

Orang ramai yang tinggal di kawasan berisiko banjir dinasihatkan menyimpan bekalan penting dalam beg kecemasan sebelum banjir melanda. Ini termasuk bekalan asas seperti makanan, air minuman, pakaian dan ubat-ubatan, serta keperluan elektrik seperti peranti yang telah dicas penuh, powerbank, lampu suluh dan bateri ganti.

Kit yang dikemas kini ini mampu membantu dalam persediaan awal dan mengambil tindakan segera  dengan selamat. Disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, kit pengurusan bencana ini juga boleh diakses melalui aplikasi Celcom Life dan MyDigi serta media sosial CelcomDigi.

Kesiapsiagaan rangkaian dan bantuan lain supaya masyarakat kekal terhubung

CelcomDigi komited dalam memajukan strategi mitigasi dan adaptasi perubahan iklim yang inklusif. Dalam menangani risiko iklim fizikal seperti banjir, syarikat ini telah mengambil langkah proaktif untuk mengukuhkan kebingkasan rangkaian. Usaha-usahanya termasuklah menaikkan struktur tapak rangkaian untuk mencegah peralatan ditenggelami banjir serta menyediakan set jana kuasa mudah alih serta stesen pemancar mudah alih untuk mengurangkan gangguan rangkaian. Pasukan operasi CelcomDigi sentiasa bersiap sedia 24 jam untuk turun ke kawasan yang terjejas dengan segera.

Bagi memastikan keluarga yang terjejas kekal terhubung, unit Akses Tanpa Wayar Tetap (FWA) telah ditempatkan di kawasan-kawasan berisiko tinggi untuk dihantar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk perkhidmatan internet. Dengan kerjasama Malaysian Relief Agency, kenderaan bantuan dan bot telah disediakan untuk kawasan-kawasan yang terjejas untuk membantu mangsa yang terkandas.

Dengan usaha-usaha berterusan ini, CelcomDigi berharap agar masyarakat mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk bersedia jika banjir berlaku.

Newsroom

Discover CelcomDigi and What Drives Us