PETALING JAYA, 5 Disember 2024 – CelcomDigi Berhad ("CelcomDigi") telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk menyediakan bantuan keperluan penting kepada komuniti yang terjejas di kawasan banjir di seluruh negara.
Usaha syarikat setakat ini termasuk menyediakan bekalan kegunaan peribadi dan isi rumah yang penting, kesalinghubungan internet di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), serta pelbagai bantuan pemulihan lain yang boleh memberi manfaat kepada hampir 7,000 keluarga.
CelcomDigi bekerjasama dengan Malaysian Relief Agency (MRA) untuk mempercepatkan penghantaran bantuan ini kepada penduduk yang terjejas. Selain itu, syarikat ini juga menyediakan kenderaan pacuan empat roda (4WD), bot penyelamat dan sukarelawan kepada MRA, serta peralatan penting seperti stesen pengecas mudah alih, pam air dan jet, set dapur dan generator. Kesemua ini sedang dihantar ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan teruk untuk membantu keluarga yang terkandas.
Inisiatif-inisiatif lain bagi membantu komuniti setakat ini termasuk:
CelcomDigi memberi fokus untuk memastikan kelancaran perkhidmatan bagi memastikan pelanggan di zon yang terjejas kekal berhubung dan rakan perniagaan and pengedar dapat terus melayani pelanggan dengan gangguan yang paling minima. CelcomDigi akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan, industri, dan agensi bantuan untuk usaha bersama dalam memperluas capaian dan membantu sebanyak mungkin keluarga yang terjejas.
© Copyright 2024 CelcomDigi Berhad (Formerly known as Digi.Com Berhad) [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.