.jpg)

CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) mengumumkan ketersediaan Prime Video sebagai tambahan terbaru dalam portfolio penstriman premium StreamMore, sekaligus menawarkan lebih banyak pilihan hiburan bertaraf dunia kepada pelanggan. Kesemua pelanggan pascabayar dan prabayar CelcomDigi kini boleh menikmati akses ke Prime Video menerusi CelcomDigi StreamMORE Add-ons.
Sempena pelancaran ini, para pelanggan yang melanggan Prime Video antara 16 Disember 2025 hingga 31 Mac 2026 akan menikmati percubaan percuma selama satu bulan. Selain itu, pelanggan CelcomDigi akan menikmati tawaran eksklusif tambahan 5GB Internet berkelajuan tinggi apabila mereka melanggan melalui StreamMORE. Tawaran khas ini memberi pelanggan peluang untuk meneroka koleksi kandungan Prime Video sambil menikmati data tambahan untuk pengalaman penstriman yang lebih hebat.
Bagi pelanggan pascabayar yang mencari nilai yang lebih hebat, Prime Video juga ditawarkan sebagai Mega Add-On dengan kontrak 12-bulan. Pelanggan prabayar pula yang inginkan pengalaman penstriman dan data terbaik boleh memilih pakej SpeedSTREAM, yang merangkumi penstriman 4K dan hotspot tanpa had. Semua pilihan ini memastikan setiap pelanggan dapat memilih pelan yang sesuai dengan cara mereka menonton.
Prime Video menawarkan katalog luas filem, siri dan sukan secara langsung yang boleh ditonton melalui peranti mudah alih, tablet atau TV pintar – termasuk siri dan filem terbitan Amazon MGM Studios seperti Fallout, Heads of State, Reacher, Red One, Road House, The Accountant 2, The Boys, The Lord of the Rings: The Rings of Power dan The Summer I Turned Pretty; drama popular berlesen kegemaran peminat seperti John Wick dan Challengers; akses eksklusif ahli Prime kepada liputan sukan secara langsung termasuk NBA, serta dokumentari sukan terkemuka seperti Bye Bye Barry, Kelce dan Earnhardt; drama Korea seperti Surely Tomorrow, Nice to Not Meet You, Confidence Queen, Head Over Heels dan GOOD BOY; anime popular seperti Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX, Demon Slayer dan Jujutsu Kaisen 0; serta hiburan tempatan eksklusif seperti That Cover Girl, Budak Flat, Imaginur dan Tebus.
Dengan pelancaran ini, CelcomDigi terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi sehenti Malaysia bagi perkhidmatan penstriman premium menerusi StreamMORE. Syarikat kekal komited untuk menawarkan lebih banyak pilihan, fleksibiliti, dan nilai supaya pelanggan dapat menikmati hiburan kegemaran mereka.
Pelanggan boleh melanggan Prime Video melalui aplikasi CelcomDigi, laman web atau di mana-mana Kedai CelcomDigi, pengedar sah dan rakan niaga.
Untuk keterangan lanjut mengenai langganan, layari https://cdlink.net/primevideo. Tertakluk kepada terma dan syarat.
© Copyright 2025 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.