5G dan 4G tanpa had di mana sahaja, dengan lebih lagi tawaran hebat untuk peranti, perayauan dan fiber.
PETALING JAYA, 30 November 2023 – CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) hari ini memperkenalkan pelan CelcomDigi Postpaid 5G baharunya, dan menjemput rakyat Malaysia untuk menikmati pengalaman kesalinghubungan yang lebih hebat, dikuasakan 5G pada rangkaian yang terluas dan terpantas di Malaysia. Pelan pascabayar serba lengkap ini akan tersedia mulai 1 Disember 2023. Ia didatangkan dengan akses Internet 5G dan 4G, serta pelbagai manfaat tambahan menarik yang direka bagi memenuhi pelbagai keperluan kesalinghubungan pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata, “Kami berbesar hati untuk menawarkan rakyat Malaysia pelan 5G yang terbaik di pasaran Malaysia, dan disesuaikan khas untuk memberi tawaran nilai, pengalaman kesalinghubungan 5G, dan tawaran konvergen yang terbaik. Produk dan perkhidmatan 5G untuk pengguna akan terus berubah mengikut trend, permintaan, dan kes penggunaan yang memerlukan pelan konvergen. Pelan baharu ini membuktikan komitmen CelcomDigi untuk menjadi jenama serta rangkaian yang sentiasa boleh dipercayai kepada pengguna dalam menyediakan kesalinghubungan 4G yang boleh dipercayai serta membawakan kuasa 5G untuk semua keperluan kesalinghubungan.”
Dalam pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang baharu, pengguna akan dapat memilih daripada enam (6) pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang didatangkan dengan kuota Internet dan kelajuan 5G yang berbeza. Semua pelan 5G ini akan memberikan pengguna akses kepada kedua-dua Internet 5G serta 4G pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Pengguna yang melanggan pelan Postpaid 5G 120 ke atas akan menikmati Internet 5G dan 4G serta panggilan tanpa had. Kesemua pengguna juga akan mendapat rebat bulanan RM10 dengan mana-mana kontrak.
Lebih penjimatan untuk keluarga & gajet tambahan
Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menambah sehingga 6 talian tambahan Family bermula dari RM30/bulan. Pengguna yang melanggan pelan Postpaid 5G 120 ke atas boleh memilih pelan Family Plus untuk menikmati Internet 5G atau 4G tanpa had.
Bagi meningkatkan lagi pengalaman kesalinghubungan mereka, pengguna juga boleh mendapatkan Gadget SIM tambahan untuk menjana peranti-peranti tambahan mereka dari harga serendah RM30/bulan.
Memperkasakan gaya hidup digital dengan pelan konvergen
Pengguna juga akan dapat memilih pelan konvergen yang lengkap untuk menikmati pengalaman mudah alih dan fiber di rumah terbaik. Dengan hanya RM260/bulan pengguna yang melanggan Postpaid 5G 260 akan mendapat fiber berkelajuan 300Mbps bersama Internet 5G dan 4G serta panggilan tanpa had, dan penjimatan 50% bagi pelan Family dan Gadget Sims. Sebagai promosi pelancaran, pengguna CelcomDigi yang ingin menaik taraf pelan mereka kepada Postpaid 5G 260 akan mendapat harga komitmen RM200/bulan bersama rebat yang lain.
Memiliki telefon 5G yang terkini menjadi mudah
CelcomDigi juga membantu lebih ramai pengguna yang ingin menaik taraf kepada telefon 5G melalui pelan terbarunya:
Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Baharu CelcomDigi Postpaid 5G, sila layari https://cd.link/cdp5g.
© Copyright 2024 CelcomDigi Berhad (Formerly known as Digi.Com Berhad) [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.