Newsroom

CelcomDigi memperkasa tawaran penstriman premium dengan sooka

March 18, 2026

PETALING JAYA, 18 Mac 2026 – CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) memperkenalkan sooka sebagai tambahan terkini dalam portfolio penstriman StreamMORE, selaras dengan usaha berterusan untuk menawarkan lebih banyak kandungan hiburan digital premium kepada pelanggan. Kini, semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar CelcomDigi boleh menikmati akses lancar ke sooka menerusi CelcomDigi StreamMORE Add-ons.

Sempena pelancaran ini, pelanggan yang melanggan pakej Sports & Entertainment sooka menerusi CelcomDigi StreamMORE antara 10 Mac hingga 31 Mei 2026 layak menerima percubaan percuma eksklusif selama sebulan, tertakluk kepada terma ‘siapa cepat dia dapat'. Selain itu, pelanggan CelcomDigi juga akan menikmati tambahan 5GB Internet kelajuan tinggi setiap bulan apabila melanggan menerusi StreamMORE, sekaligus memberikan  mereka lebih banyak cara untuk menikmati siaran langsung sukan, kandungan tempatan popular, dan hiburan antarabangsa, kesemuanya dalam satu pengalaman penstriman yang lancar.

Bagi pelanggan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 60 dan ke atas, semua pakej ini boleh diperoleh menerusi Mega Add-On dengan kontrak selama 12 bulan. Manakala, pelanggan Prabayar yang mahukan pengalaman penstriman dan sambungan yang lebih lancar boleh memilih pakej SpeedSTREAM, yang menggabungkan akses sooka dengan Internet tanpa had, panggilan, dan penggunaan hotspot untuk penstriman yang lancar  dan tanpa gangguan, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

sooka membawa gabungan kandungan yang pelbagai kepada pelanggan CelcomDigi, daripada siaran langsung sukan yang mendebarkan kepada drama tempatan yang mengasyikkan, kandungan popular antarabangsa dan pelbagai saluran  siaran langsung menerusi pakej Sports & Entertainment. Peminat sukan boleh menonton acara sukan utama termasuk Premier League, Liga Bolasepak Malaysia, AFC, UEFA Champions League, Formula 1, La Liga, Bundesliga, badminton, seni bela diri bercampur, sepak takraw, tenis, kriket, golf dan banyak lagi. Platform ini turut menawarkan pelbagai kandungan hiburan Malaysia, program realiti dan variasi, drama popular Korea dan Cina, dan katalog siri antarabangsa yang semakin berkembang merangkumi pelbagai genre. Selain itu, sooka Shorts, format mikrodrama terbaru platform ini menyajikan cerita ringkas yang menarik, sesuai untuk tontonan penonton yang sentiasa “on‑the‑go". Melengkapkan pengalaman ini ialah saluran siaran langsung sooka yang direka khusus untuk menawarkan hiburan berterusan yang boleh ditonton pada bila-bila masa.

Dengan penambahan terbaharu ini dalam portfolio penstriman premiumnya, CelcomDigi terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pilihan untuk hiburan premium menerusi StreamMORE. Inisiatif ini mencerminkan komitmen CelcomDigi untuk menyediakan pilihan lebih luas, lebih fleksibiliti, serta nilai yang lebih menarik kepada pelanggan agar mereka dapat menikmati kandungan kegemaran dengan mudah.

Pelanggan boleh melanggan sooka dengan mudah menerusi aplikasi CelcomDigi, laman web rasmi CelcomDigi, atau di mana-mana Kedai CelcomDigi atau pengedar dan rakan sah di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari cdlink.net/sooka. Tertakluk kepada syarat dan terma.