Newsroom

CelcomDigi mempamerkan penyelesaian teknologi dan digital yang berkesan pada Minggu Teknologi Perniagaan di Sabah

March 16, 2023

Kota Kinabalu, 16 Mac 2023 – CelcomDigi mengalu-alukan pemilik perniagaan daripada semua segmen pada Minggu Teknologi Perniagaan (Business Tech Week) di Sabah, yang menawarkan peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), korporat dan sektor awam untuk menemui dan mengenal pasti teknologi serta penyelesaian digital yang betul untuk organisasi mereka.  

Ini merupakan edisi kedua Minggu Teknologi Perniagaan CelcomDigi bagi tahun 2023 yang bermula di Johor pada bulan lalu. Pemilik perniagaan yang menghadiri program itu dapat memperoleh pandangan dan pengalaman daripada pelbagai kes kegunaan yang dipamerkan daripada rakan-rakan kongsi CelcomDigi, yang meliputi teknologi dan inovasi seperti 5G, Awan (Cloud), Internet benda (IoT), Keselamatan Siber, dan penyelesaian sambungan tetap serta pengalaman Metaverse.  

Pameran selama dua hari ini dirasmikan oleh Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, bersama Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan CelcomDigi, Afizulazha Abdullah.

Pada majlis perasmian itu, Afizulazha menyeru semua perniagaan untuk merancakkan pelan digitalisasi mereka, “Sudah terbukti penerapan teknologi dan penyelesaian digital yang betul adalah berkesan dalam membantu organisasi meningkatkan kecekapan operasi, menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik, sekali gus memacu pertumbuhan perniagaan.”

“Memandangkan setiap organisasi yang berlainan mempunyai keperluan digital tersendiri, kami telah melancarkan Minggu Teknologi Perniagaan CelcomDigi untuk mendekati perniagaan-perniagaan di seluruh Malaysia, bagi menyelami cabaran mereka serta mengatasinya dengan penyelesaian teknologi dan digital yang disesuaikan dengan keperluan mereka. Kami yakin kami mempunyai kepakaran dan sumber yang sesuai untuk menjadi rakan kongsi digital mereka yang dipercayai dan menyokong perjalanan digitalisasi mereka,” tambah beliau.  

Untuk edisi Sabah yang berlangsung dari 16 hingga 17 Mac 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pemilik perniagaan berpeluang berhubung dengan syarikat peneraju industri seperti Ericsson, Fortinet, Infront Consulting, HTC, Rogue Asia, Garuda Robotics, Huawei, Active Telematics, M1, Sole Vision, Syndes, Athena Dynamics, LGMS, Telefonica, SecurityScorecard, Bridgenet, Cybereason, Tech Titan, dan XR Associates.

Layari https://business.celcom.com.my/event/rsvp/tech-week-sabah untuk maklumat lanjut tentang edisi Sabah , dan nantikan lebih maklumat tentang pameran Minggu Teknologi Perniagaan CelcomDigi yang seterusnya!

Newsroom

Discover CelcomDigi and What Drives Us