Newsroom

CelcomDigi lancar Siri MY5G untuk memacu penerimagunaan 5G merentasi pelbagai perniagaan

July 3, 2023
  • Bermula dengan sesi meja bulat CEO MY5G, pucuk pimpinan tertinggi dari pelbagai industri berhimpun bagi mendukung agenda negara
  • Kolaborasi dengan rakan-rakan global bagi menggiatkan transformasi 5G secara efektif

PETALING JAYA, 3 Julai 2023 – CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) hari ini, melancarkan sesi pertama daripada tiga bahagian Meja Bulat CEO MY5G 2023, sebagai sebahagian daripada siri CelcomDigi MY5G, bertujuan untuk membantu perniagaan merealisasikan potensi sebenar 5G di Malaysia.

CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) hari ini, melancarkan sesi pertama daripada siri tiga bahagian Meja Bulat CEO MY5G 2023, sebagai sebahagian daripada siri CelcomDigi MY5G, bertujuan membantu perniagaan meyedari potensi sebenar 5G di Malaysia.

Dengan kerjasama daripada rakan strategik CelcomDigi dan pemerkasa teknologi global, iaitu Axiata, Telenor, Capgemini, Ericsson, Huawei, Kearney, Microsoft, dan ZTE, siri meja bulat ini melibatkan perkongsian cerapan mengenai bagaimana perniagaan global terkemuka memanfaatkan kuasa5G serta teknologi-teknologi disruptif seperti AI dan IoT untuk mendigitalkan perniagaan demi pertumbuhan di samping mentransformasi industri dalam pasaran-pasaran utama.

Ia menjadi wadah bagi barisan pimpinan tertinggi dari syarikat-syarikat awam, swasta dan badan korporat yang terkemuka dalam pelbagai industri di Malaysia, untuk saling berkongsi idea dan berinteraksi mengenai kerelevanan 5G bagi perniagaan dan juga industri di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi menyatakan bahawa usaha memacu penggunaan 5G di Malaysia memerlukan kerjasama daripada syarikat korporat, sektor awam, pemerkasa teknologi, dan juga pembekal khidmat keterhubungan.

“Ketika negara kita memperluas akses kepada 5G, maka penting juga bagi kita untuk mempertingkatkan usaha masing-masing dalam membangunkan ekosistem 5G di negara ini. Justeru, kolaborasi dan libat urus antara perniagaan yang merentasi pelbagai industri adalah mustahak, dengan harapan untuk memperkasa penggunaan 5G di Malaysia di samping menyokong agenda digital negara kita.”

“Tuntasnya, kita mempunyai matlamat bersama untuk membawakan nilai buat para pengguna dan untuk memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia. Kami ingin bekerjasama secara rapat dengan entiti-entiti perniagaan bagi merungkai potensi sebenar 5G, lalu menjana lebih banyak nilai dan juga manfaat buat para pengguna,” ujar Datuk Idham.

Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan CelcomDigi, Afizulazha Abdullah berkongsi, “Kami telah menjalin kerjasama dengan beberapa klien perusahaan kami untuk menjalankan beberapa ujian kegunaan 5G dan kami telah melihat potensi bagaimana penyelesaian berasaskan 5G dapat membantu mendigitalkan dan mentransformasi operasi perniagaan untuk meningkatkan produktiviti serta hasil bagi perniagaan berkenaan, termasuk para pelanggan dan juga kakitangan mereka.”

“Kami berasa amat teruja atas pelbagai kemungkinan yang dapat dibawakan oleh 5G dalam memajukan industri-industri seperti pertanian, tenaga, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan kesihatan, pembuatan, pelabuhan, hartanah, utiliti dan infrastruktur antara lainnya. Kami berkomited untuk melanjutkan usaha melibat urus dan meneroka peluang baharu bersama perniagaan, kerana aplikasi 5G memerlukan kajian berterusan dan perlu disesuaikan dan dilaksanakan dengan teliti, tanpa membelakangkan keperluan rakyat Malaysia, dengan harapan untuk menggiatkan agenda transformasi digital negara,” sebut beliau.

Afizulazha turut menyatakan bahawa susulan pelancaran Siri MY5G CelcomDigi pada hari ini, dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang, syarikat ini juga akan memperkenalkan acara persidangan perniagaan dan pameran teknologi 5G berskala besar di Kuala Lumpur, ia ditujukan untuk entiti-entiti korporat Malaysia dan juga PKS sejajar dengan usaha berterusannya untuk membantu perniagaan mengenal manfaat digitalisasi serta penggunaan dan aplikasi 5G. Sebuah siri bengkel digital untuk PMKS juga akan dianjurkan di beberapa negeri atas sebahagian daripada inisiatif syarikat ini untuk membantu PMKS mendigitalkan perniagaan mereka.

CelcomDigi kini sedang menawarkan kemudahan sambungan 5G melalui kempen Jom 5G Bersama, yang mencakupi pelbagai produk yang berbaloi lagi menarik bagi pelan-pelan Pascabayar, Prabayar dan Perniagaan, di samping pakej pembelian peranti yang menampilkan telefon 5G untuk memudahkan pengguna Celcom dan Digi memanfaatkan kuasa 5G.

Newsroom

Discover CelcomDigi and What Drives Us