Newsroom

CelcomDigi hargai pewaris budaya Sabah dan Sarawak dalam filem “Tuai Tradisi” sempena Kaamatan dan Gawai

May 26, 2026

PETALING JAYA, 26 Mei 2026 – Menjelang sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) memberi penghargaan kepada penggiat seni budaya di sebalik tabir — para karyawan dan penjaga budaya  di Sabah dan Sarawak - yang terus menginspirasi dan menghidupkan semangat perayaan ini melalui kemahiran mereka. Menerusi filem perayaan Tuai Tradisi, syarikat berkongsi kisah para penggiat warisan ini serta  meraikan sumbangan mereka dalam mengekalkan tradisi untuk generasi akan datang.

Pesta Kaamatan dan Hari Gawai bukan sekadar perayaan bermusim. Mereka melambangkan  identiti, ketabahan, dan semangat kebersamaan yang tersemat kukuh dalam kehidupan masyarakat di Sabah dan Sarawak. Namun, di sebalik kemeriahan ini, ada satu hakikat yang jarang disedari di mana tradisi tidak kekal dengan sendirinya. Ianya perlu dipelihara oleh individu yang memilih untuk terus mengamalkan, melindungi dan mewariskan kemahiran ini agar terus kekal hidup.  

Tuai Tradisi menampilkan individu dari Sabah dan Sarawak yang membawa makna kepada kedua perayaan ini melalui kepakaran dan hasil tangan mereka, daripada alunan mengusik jiwa Sompoton kepada seni halus Sigar, serta kekuatan yang dilambangkan oleh Terabai hinggalah kepada keindahan kisah budaya yang disulam dalam Marik Empang. Setiap hasil seni bukan hanya untuk dihasilkan semata-mata tetapi untuk diwarisi, dipelihara dan ditafsir berkali-kali menerusi dedikasi dan kemahiran yang ‘tak lekang dek panas, tak basah dek hujan.’

Ketua Jenama dan Perkhidmatan Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling berkata, “Kaamatan dan Gawai adalah cerminan identiti dan warisan yang penting bagi masyarakat Sabah dan Sarawak. Melalui Tuai Tradisi, kami ingin menghargai para karyawan hebat ini yang tidak jemu memastikan kesinambungan tradisi mereka. Kami percaya bahawa makna perayaan bukan hanya pada detik yang diraikan. Ia dibina oleh legasi, dibentuk oleh komuniti, dan diteruskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi, kami mempunyai peranan untuk memastikan hubungan ini terus hidup, bukan sahaja untuk menghubungkan sesama kita, tetapi juga menghubungkan kita dengan budaya, kisah dan tradisi yang membentuk jati diri kita.”

Sempena sambutan musim menuai kali ini, Tuai Tradisi mengajak rakyat Malaysia melihat perayaan ini dari perspektif berbeza, bukan setakat suatu acara yang diraikan, tetapi sebagai warisan yang perlu dihargai, dihormati dan dipelihara.

Lebih data untuk terus berhubung di musim perayaan

Sebagai meraikan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, semua pelanggan prabayar dan pascabayar CelcomDigi di seluruh negara boleh menikmati tawaran eksklusif pas video dan Internet kelajuan tinggi:

  • Dengan hanya RM7, pelanggan boleh menikmati sambungan lancar melalui Pas Internet 2777GB 5G/4G, sah selama tiga (3) hari.
  • Pelanggan boleh memilih Pas Video 700GB, sah selama lima (5) hari untuk penstriman berkelajuan tinggi di YouTube, Netflix, Disney+, Prime Video, Viu, sooka, dan iQIYI.
  • Kedua-dua pas ini ditawarkan mulai 20 Mei hingga 15 Jun, 2026 dan boleh dilanggani menerusi aplikasi CelcomDigi.

CelcomDigi mengucapkan “Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan” dan “Gayu Guru Gerai Nyamai” kepada semua yang menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.  

Bagi menonton video penuh, layari laman YouTube CelcomDigi di SINI.