Newsroom

CelcomDigi hargai 20 juta rakyat Malaysia menerusi Mega Gegar 20 Juta dan Kotak Misteri Digital terbesar di Malaysia

July 22, 2026

Kempen penghargaan pelanggan ini sebahagian fasa baharu perjalanan jenama CelcomDigi untuk meraikan pelanggan yang menjadi inspirasi rangkaiannya setiap hari.

PETALING JAYA, 22 Julai 2026 – CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) hari ini melancarkan Mega Gegar 20 Juta, kempen penghargaan pelanggan terbesar yang pernah dianjurkan di seluruh negara, menawarkan hadiah, tawaran eksklusif serta promosi istimewa berjumlah RM20 juta merentasi pelbagai produk dan perkhidmatannya.

Kempen ini menandakan fasa seterusnya dalam evolusi perjalanan jenama CelcomDigi yang terus komited menyediakan apa yang penting kepada pelanggan melalui sambungan rangkaian yang dipercayai, pengalaman yang bermakna serta penyelesaian yang dibangunkan berdasarkan keperluan mereka. / memenuhi keperluan mereka.

Berlangsung dari 23 Julai hingga 30 September 2026, Mega Gegar 20 Juta diraikan sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan dan sokongan lebih 20 juta rakyat Malaysia yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan CelcomDigi selama ini.

Ketua Jenama dan Perkhidmatan Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling, berkata, “Sejak tiga tahun lalu, kami telah membina sebuah jenama yang boleh diharapkan oleh rakyat Malaysia setiap hari dengan memastikan mereka sentiasa terhubung, menikmati pengalaman yang diyakini, serta mendapat produk dan perkhidmatan yang relevan dengan kehidupan mereka. Kami percaya, apa yang benar-benar mendefinisikan CelcomDigi bukan sekadar teknologi yang kami sediakan, tetapi peranan yang kami mainkan dalam kehidupan pelanggan serta detik-detik harian yang kami berpeluang menjadi sebahagian daripadanya. Kefahaman inilah yang mencetuskan inspirasi kepada fasa baharu perjalanan jenama kami, berteraskan kepercayaan bahawa lebih 20 juta kehidupan menjadi inspirasi kepada rangkaian kami.

Mega Gegar 20 Juta adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada jutaan rakyat Malaysia yang telah memberikan kepercayaan kepada kami selama ini. Melalui ganjaran menarik dan tawaran eksklusif, kami meraikan pelanggan yang terus memberi inspirasi kepada kami serta menghidupkan rangkaian kami setiap hari,” katanya.

Hadiah dan ganjaran bernilai RM20 juta menanti pelanggan

Hadiah dan ganjaran bernilai keseluruhan RM20 juta ditawarkan menerusi kempen ini, termasuk 20 hadiah utama dan lebih 70,000 hadiah bonus. Dengan sokongan rakan strategik seperti Samsung dan The MakeOver Guys, Mega Gegar 20 Juta menawarkan lebih banyak peluang kepada pelanggan untuk menyertai kempen ini.

Melalui transaksi serendah RM20, pelanggan layak untuk membuka Kotak Misteri Digital terbesar di aplikasi CelcomDigi dan berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik. Hadiah bonus akan diumumkan dalam empat kitaran sepanjang tempoh kempen dan pemenang hadiah bonus masih layak untuk memenangi hadiah utama. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk transformasi rumah pintar AI oleh Samsung & The MakeOver Guys, kenderaan elektrik Proton e.MAS 7, percutian ke destinasi antarabangsa dan tempatan serta akses eksklusif ke konsert-konsert anjuran Live Nation.

Penyertaan lebih mudah untuk semua

Mega Gegar 20 Juta menawarkan pelbagai cara penyertaan kepada pelanggan baharu dan sedia ada CelcomDigi. Daripada menaik taraf pelan dan mendapatkan peranti baharu, sehinggalah melanggan perkhidmatan hiburan, perayauan (roaming) atau perkhidmatan digital kegemaran, setiap pembelian dan langganan yang layak akan membolehkan pelanggan memperoleh penyertaan dalam kempen ini.

Pelanggan boleh melayakkan diri melalui:

  1. Sambungan mudah alih dan internet rumah
    • Melanggan atau menaik taraf Pas Internet Bulanan CelcomDigi Prepaid bermula RM30
    • Melanggan pelan Postpaid, CelcomDigi One atau Home Fibre bermula RM50
  2. Peranti dan perkhidmatan tambahan nilai
    • Membeli peranti di bawah Easy360 atau Pakej MegaJimat
    • Melanggan Mega Add-Ons atau Freedom Add-Ons
  3. Gaya hidup digital dan pelancongan
    • Melanggan perkhidmatan hiburan, keselamatan digital, tambahan internet atau perkhidmatan perayauan bermula RM20

Lebih banyak penjimatan, lebih banyak sebab untuk meraikan

Selain peluang memenangi hadiah menarik, pelanggan turut boleh menikmati tawaran eksklusif dan penjimatan tambahan merentasi pelbagai produk serta perkhidmatan CelcomDigi.

  1. Raikan lebih meriah bersama Samsung - nikmati rebat tambahan RM480 (RM20 x 24 bulan) bagi semua peranti Samsung 5G di bawah Easy360 dan Pakej MegaJimat, termasuk tempahan awal siri telefon lipat Samsung Galaxy terkini serta televisyen Samsung.
  2. Lebih banyak peranti, lebih banyak penjimatan - pelanggan turut menikmati rebat tambahan RM240 (RM10 x 24 bulan) untuk pelbagai pilihan peranti di bawah Easy360, termasuk OPPO Reno16 F 5G, Xiaomi 17T 5G, HONOR 600 5G, vivo X300 FE 5G dan PlayStation 5 Disc Console (Slim).
  3. Hiburan dan perlindungan dalam talian tanpa kos tambahan - pelanggan baharu boleh menikmati bulan pertama secara percuma bagi pakej hiburan Asia yang menawarkan akses kepada iQIYI, Vision+ dan Viu. Tawaran sama turut diberikan untuk MobileSHIELD yang dapat membantu pelanggan kekal dilindungi ketika menikmati gaya hidup digital mereka.
  4. Nilai lebih hebat untuk sambungan internet rumah - pelanggan akan menerima rebat tambahan RM60 (RM20 x 3 bulan) apabila melanggan pelan Home Fibre 300Mbps dan Home WiFi Essential.

Setiap pembelian dan langganan yang layak di bawah tawaran ini juga membolehkan pelanggan menyertai Mega Gegar 20 Juta dan berpeluang memenangi hadiah sepanjang tempoh kempen.

Penstriman langsung promosi selama 42 jam

Sebagai sebahagian daripada kempen Mega Gegar 20 Juta, CelcomDigi turut akan menganjurkan Mega Gegar 20 Juta Live, satu percubaan mencipta rekod menerusi penstriman langsung promosi selama 42 jam di TikTok. Bermula dari 12.00 tengah malam pada 31 Julai hingga 6.00 petang pada 1 Ogos 2026, penstriman langsung ini akan menawarkan promosi masa terhad dan tawaran eksklusif dengan penjimatan istimewa bagi peranti serta aksesori terpilih. Tawaran ini boleh didapati melalui laman web CelcomDigi dan kedai-kedai CelcomDigi yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari https://cdlink.net/mega-gegar-20-juta. Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi aplikasi CelcomDigi, laman web rasmi atau kunjungi kedai CelcomDigi berhampiran.