Newsroom

CelcomDigi dan Yinson GreenTech mempermudah pemilikan e-motosikal dengan langganan pelan pascabayar

January 23, 2024

Tawaran yang pertama seumpamanya daripada syarikat telekomunikasi untuk memacu penerapan kenderaan elektrik di Malaysia

PETALING JAYA, 23 Januari 2024 - CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan Yinson GreenTech hari ini mengumumkan kerjasama untuk menawarkan peluang pemilikan kenderaan elektrik (EV) kepada rakyat Malaysia menerusi langganan akaun pascabayar CelcomDigi. Majlis pelancaran hari ini disaksikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz.

Menerusi kerjasama antara Pusat Inovasi CelcomDigi dan Yinson GreenTech, unit perniagaan teknologi hijau Yinson Holdings Berhad (Yinson), pelanggan kini boleh menyewa milik (lease-to-own) e-motosikal rydeEV, hanya dengan mendaftar mana-mana pelan 5G Pascabayar CelcomDigi dengan pelan ansuran Easy360.

Ini merupakan tawaran pertama yang dilancarkan sejak kedua-dua pihak memeterai MoU pada September lalu dengan focus untuk meneroka pembangunan perkhidmatan dan infrastruktur kenderaan elektrik yang inovatif bagi pengguna Malaysia, dan memacu EV dan penerapan tenaga hijau di negara ini.

Tengku Zafrul berkata, “Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyambut baik kerjasama merentasi industri, dan ini dicerminkan melalui dasar seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030), dan Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP2020). Industri EV Malaysia, contohnya, dipacu oleh industri semikonduktor yang kukuh dan dijangka akan merangsang pertumbuhan eksport yang berasaskan pembuatan di Malaysia. Hari ini, saya berbesar hati untuk sekali lagi menyaksikan kerjasama merentasi industri yang pertama seumpamanya antara CelcomDigi dan Yinson GreenTech, bagi memacu akses mampu milik kepada EV, khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia, untuk meraih manfaat daripada Skim Penggunaan Motosikal Elektrik dalam Belanjawan 2024, serta menyumbang kepada matlamat sifar bersih Malaysia menjelang 2050.”

“Anjakan dalam landskap pengangkutan menunjukkan kenderaan elektrik adalah masa depan, dan kami kini berpeluang untuk mempercepat penerapan EV di Malaysia. Perubahan boleh dipercepat sekiranya kita memikirkan kerjasama merentas industri dari sudut berbeza. Jadi, saya teruja dengan kerjasama ini bersama Yinson Greentech. Kolaborasi kami boleh menjadikan EV lebih mudah diakses oleh ramai rakyat Malaysia secara berskala dan cepat, dengan cara paling mudah – yang kini semudah melanggan pelan pascabayar! Kami sedang menyumbang kepada masa depan pengangkutan sambil memacu kelestarian alam sekitar untuk Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi.

Ketua Pegawai Eksekutif Yinson Group, Lim Chern Yuan juga berkongsi keterujaannya tentang kerjasama itu. “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan CelcomDigi dalam merintis penerapan dan pertumbuhan e-motosikal di negara ini. Yinson GreenTech menawarkan rangkaian penyelesaian teknologi hijau bersepadu dalam bidang elektrifikasi pengangkutan, dan berhasrat menginovasi kerjasama dengan perniagaan-perniagaan merentasi semua industri untuk mengurangkan jejak karbon. Kami juga menyambut baik peranan penting yang dimainkan oleh kerajaan dalam menjadikan e-motosikal lebih mudah diakses orang ramai melalui pelbagai inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.”

Miliki e-motosikal rydeEV secara  mudah dengan pelan ansuran Easy360 semua-dalam-satu

CelcomDigi menawarkan pelanggan model langganan semua-dalam-satu yang mudah melalui pelan ansuran Easy360. Mereka hanya perlu mendaftar untuk mana-mana pelan Pascabayar 5G CelcomDigi dan melanggan pelan ansuran Easy360 untuk menyewa milik salah satu daripada dua e-motosikal rydeEV — pada RM299 sebulan (model Ryder) atau RM430 sebulan (model Hyper) selama 36 bulan. Selain itu, manfaat pelan ansuran Easy360 juga termasuk bayaran pendahuluan RM0 (untuk pelanggan yang berkelayakan), faedah 0% dan rebat pelan pascabayar RM10 selama 36 bulan. Malah, pelanggan juga dapat menikmati manfaat tambahan yang berkaitan EV sepanjang tempoh kontrak, termasuk:

  • Pertukaran bateri tanpa had di stesen-stesen bateri yang terpilih (kini tersedia di Lembah Klang)
  • Cukai jalan dan perlindungan insurans
  • Penyelenggaraan motosikal (kecuali tayar)

Selepas tamatnya kontrak selama 36 bulan, pelanggan mempunyai pilihan untuk memiliki e-motosikal dengan hanya RM1.

Pelanggan awal akan mendapat topi keledar edisi terhad PERCUMA apabila mereka mendaftar untuk pelan ini, sementara stok masih ada. Topi keledar akan diterima semasa pengambilan atau penghantaran e-motosikal.  

Rebat tambahan dengan skim rebat Kerajaan

Pelanggan yang layak untuk skim rebat kerajaan, iaitu Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) juga layak menikmati rebat RM2,400 untuk pembelian e-motosikal mereka, dalam bentuk rebat bulanan RM200 selama tempoh 12 bulan. Kombinasi pelan ansuran Easy360 dan rebat ini membolehkan pelanggan memiliki motosikal elektrik pada kos serendah RM169 sebulan untuk tahun pertama apabila mereka melanggan pelan terendah. Pelanggan boleh menyemak kelayakan skim tersebut di https://marii.my/ev-incentive/.

Miliki e-motosikal Ryder atau Hyper dengan pelan anda

Dua model e-motosikal rydeEV akan tersedia untuk pelanggan CelcomDigi, iaitu model Ryder dan Hyper. Ryder mempunyai kelajuan maksimum 65km/j dan didatangkan dalam satu warna (merah), manakala Hyper mempunyai kelajuan maksimum 90km/j dan didatangkan dalam tiga warna (merah, biru dan oren). Kedua-dua model mempunyai purata jarak tunggangan sejauh 70km hingga 75km apabila dicas penuh, pada kelajuan 45km/j serta bergantung pada tabiat dan beban menunggang.

Lengkap dengan bateri boleh tukar serta teknologi hijau tercanggih

Ryder dan Hyper dilengkapi dengan keupayaan teknologi bateri boleh tukar. Jadi, penunggang tidak perlu berhenti untuk mengecas motosikal apabila bateri lemah. Menerusi model ‘bateri-sebagai-perkhidmatan’, bateri yang lemah boleh ditukar dengan bateri baharu yang dicas penuh di stesen-stesen bateri secara mudah.

Kerjasama dengan Yinson GreenTech tersebut selaras dengan aspirasi CelcomDigi untuk memacu inovasi dalam bidang mobiliti bersambung dan menyumbang kepada matlamat pelepasan karbon sifar bersih 2050 negara. Selain memperkenalkan rangkaian e-motosikal dan teknologi pertukaran bateri rydeEV yang terbaharu di Malaysia, Yinson GreenTech juga mengendalikan Pusat Pengalaman rydeEV di Petaling Jaya, yang mengalu-alukan orang ramai untuk mencuba model rydeEV yang unik.

Kini, pelanggan boleh mendaftar untuk e-motosikal rydeEV dengan pelan ansuran Easy360 di enam kedai CelcomDigi di seluruh Lembah Klang, dan pelan ini bakal diperluaskan ke semua kedai CelcomDigi di Lembah Klang dalam beberapa bulan akan datang. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran dan lokasi pendaftaran, layari https://cd.link/rydeEV-offer dan https://rydeev-ygt.com/ untuk produk dan penyelesaian rydeEV.

Newsroom

Discover CelcomDigi and What Drives Us