Newsroom

CelcomDigi dan Time dotCom berkolaborasi untuk meningkatkan kebolehcapaian gentian buat rakyat Malaysia

October 16, 2023

PETALING JAYA, 16 Oktober 2023 – CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan TIME dotCom (Time) hari ini mengumumkan jalinan kolaborasi yang menandakan sebuah lagi kejayaan dalam komitmen CelcomDigi untuk menyediakan lebih banyak pilihan sambungan gentian rumah di seluruh negara, menawarkan penyelesaian bersepadu kepada pelanggan Celcom dan Digi.

Menerusi kolaborasi tersebut, CelcomDigi akan memanfaatkan infrastruktur jalur lebar gentian Time untuk memperluaskan tawaran gentian CelcomDigi kepada lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya buat penghuni kondominium dan pangsapuri. Pelanggan CelcomDigi akan menikmati faedah hebat seperti jalur lebar berkelajuan tinggi hingga 1Gbps, kelajuan muat naik yang tinggi menerusi tawaran kelajuan laluan menurun dan laluan menaik yang simetri Time serta pemasangan gentian yang lebih pantas.

Tambahan lagi, dengan memanfaatkan infrastruktur sedia ada, kolaborasi seperti ini membolehkan CelcomDigi menawarkan pelan dengan gentian yang menyokong keperluan pelanggan, umpama pelan sehenti untuk keperluan sambungan yang menyeluruh. Kolaborasi ini juga membolehkan CelcomDigi menyediakan perkhidmatan Internet dengan pantas dan lebih kos efesien, selaras dengan aspirasi digital negara.

Albern Murty, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi berkata bahawa usahasama dengan Time adalah permulaan yang kukuh buat CelcomDigi dalam mengembangkan tawaran sambungannya agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati pengalaman internet yang lancar dan konsisten baik di dalam mahupun luar rumah. “Pelanggan kami kini mempunyai penyelesaian bersepadu yang berpatutan untuk keperluan Internet dan gaya hidup mereka. Terdapat lebih banyak lagi inisiatif pada masa akan datang yang bermanfaat kepada rakyat Malaysia hasil daripada usahasama strategik kami bersama Time.”

“Kami telah memberikan akses terhadap rangkaian gig-speed Time kepada penyedia perkhidmatan Internet untuk beberapa ketika dan kini kami berbesar hati dapat menyokong dalam menyediakan sambungan Internet yang pantas dan konsisten kepada pelanggan CelcomDigi pula. Kami percaya akses terhadap Internet berkelajuan gigabit perlu diperluaskan kepada seramai mungkin rakyat Malaysia, justeru itu kami akan terus mengembangkan liputan ke seluruh Malaysia,” kata Datuk Zainal Amanshah, Pengarah Eksekutif Time.

Newsroom

Discover CelcomDigi and What Drives Us