Kuala Lumpur, 9 Mei 2025 – CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) dan Selangor Red Giants OG (SRG) hari ini mengumumkan kerjasama untuk memupuk tabiat permainan atas talian yang bertanggung jawab dalam kalangan pelajar sekolah. Kempen ini bertujuan menerapkan amalan Healthy Gaming atau permainan atas talian yang sihat serta membekalkan mereka dengan kemahiran keselamatan Internet untuk memastikan mereka menjadi warga digital yang dinamik dan beretika di masa hadapan.
Kempen yang akan berlangsung selama setahun ini telah dilancarkan di Sri Emas International School, Kuala Lumpur, dengan lebih 200 pelajar menyertai sesi pembelajaran yang interaktif. Sebagai pengisian kepada kempen ini, CelcomDigi dan SRG akan melawat lapan buah sekolah di seluruh negara dengan modul pembelajaran interaktif yang berfokuskan kepada permainan atas talian yang selamat dan bertanggungjawab.
Kempen ini juga bertujuan untuk meyakinkan ibu bapa dan para pendidik bahawa pelajar sekolah boleh meneruskan minat mereka dalam dunia permainan atas talian dan tetap mengekalkan kecemerlangan akademik. Program ini merangkumi modul yang disusun khas oleh Esports Medica, sebuah jawatan kuasa perubatan terkemuka dalam bidang e-sukan dan komuniti permainan atas talian.
Sekolah yang berminat menjadi sebahagian daripada lapan sekolah terpilih boleh mendaftar minat mereka di https://cdlink.net/8SJB sebelum 16 Mei 2025. Sekolah yang tidak terpilih masih boleh menyertai inisiatif ini melalui Healthy Gaming Pledge yang menggalakkan mereka untuk:
Sekolah yang mengambil bahagian boleh mengutip Experience Points (xP) berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan, dan sekolah terbaik berpeluang untuk merima ganjaran menarik.
Chan May Ling, Ketua Jenama dan Khidmat Pemasaran CelcomDigi berkata, “Permainan atas talian kini menjadi sebahagian besar budaya remaja. Kita ingin memastikan gaming itu selamat, sihat dan disokongi sebaiknya. Melalui kerjasama dengan SRG, kami akan membekalkan pelajar di seluruh Malaysia dengan tabiat gaming serta pengetahuan agar mereka menjadi pemain yang lebih bertanggungjawab dan warga digital yang bijak. Hasrat kita ialah untuk mempertingkatkan kemahiran para remaja - dalam dan luar permainan.”
Dr Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC menambah, “Berikutan sambutan positif tahun lepas, kami ingin memperluaskan kempen ke lebih banyak sekolah lagi. Walaupun pemain kami tidak dapat mengunjungi semua sekolah di Malaysia, kami melihat peluang untuk berkembang melalui penyertaan secara digital. Program pledge atau ikrar ini membuka ruang kepada mana-mana sekolah untuk turut serta, sekaligus mempromosikan permainan atas talian yang bertanggungjawab, sekaligus mengalakkan pembabitan dan sokongan ibubapa terhadap e-sukan.”
Untuk maklumat lanjut serta untuk mendaftar, sila kunjungi https://cdlink.net/8SJB.
© Copyright 2025 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.