Menyampai penyelesaian menerusi model AI-as-a-Service (AIaaS) kepada SME
PETALING JAYA, 13 Ogos 2025 – CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”), menerusi Pusat Inovasi, telah mendedahkan satu suite ciptaan tempatan penyelesaian yang dikuasakan AI, direka untuk pertingkat keberkesanan operasi, memantap pengalaman pelanggan, dan memperhalusi kaedah kerja lebih pintar.
Dibina sepenuhnya oleh sebarisan bakat digital milik CelcomDigi serta digandingkan dengan penyelesaian yang dilaksanakan secara dalaman, kini diperlengkapi untuk pasang atur AI-as-a-Service (AIaaS), memboleh perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) beralih kepada AI secara cepat dan menjimatkan.
Julung kali diketengahkan di Sidang Kemuncak AI ASEAN (ASEAN AI Summit) 2025, penyelesaian AI ciptaan in-house termasuk:
Ketua Pegawai Inovasi CelcomDigi, T. Kugan berkata, “Penyelesaian ini mencermin keupayaan menyelesai masalah yang dicapai pasukan kami dengan AI. Dibina seluruhnya secara in-house, kami kesan penambahbaikan dalam menyampaikan kecekapan operasi untuk diri kami. Sambil kami terus memperhalusi kesemuanya secara dalaman dan menyepadu AI terlebih dahulu di segenap lapisan operasi dan pengalaman keterhubungan, kami juga meneroka bagaimana sebahagiannya dapat diguna pakai dalam tawaran AlaaS yang mudah akses khusus buat SME, supaya mereka dapat mencebur diri dalam AI tanpa pelaburan modal yang berat. Komitmen ini juga mempamer tahap bakat digital yang merupakan sesuatu yang utama dalam wawasan untuk berkembang menjadi sebuah syarikat telekomunikasi-teknologi (telco-tech).”
Pembangunan dalaman CelcomDigi mengguna penyelesai AI adalah sebahagian daripada transformasi berterusan menjadikannya organisasi cenderung AI, yang memupuk inovasi menerusi penambahan kemahiran, projek bersilang fungsi, serta budaya pengujikajian.
Turut dipamerkan di Sidang Kemuncak AI ASEAN adalah penyelesaian berkuasa 5G-AI terkini dari CelcomDigi AI Experience Centre (AiX), termasuk HoloMedicine® untuk perancangan pembedahan realiti campuran, teleperubatan bagi akses pakar di kawasan luar bandar serta automasi logistik bersepadu 5G AI pertama di Malaysia.
© Copyright 2025 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.