Newsroom

CelcomDigi buka kedai Life ketiga di bangunan mercu tanda ikonik terkini Malaysia

November 6, 2026

Tawaran hujung tahun eksklusif merangkumi semua peranti, hiburan dan ‘gaming’ dengan Play Deals sempena pembukaan kedai CelcomDigi Life

PETALING JAYA, 6 November 2026 - CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) hari ini mengumumkan pembukaan kedai flagship terbaru, CelcomDigi Store Life di 118 Mall, beroperasi dalam bangunan kedua tertinggi di dunia, Menara Merdeka Maybank. Kedai terbaru ini mencerminkan komitmen CelcomDigi untuk terus mempertingkatkan pengalaman peruncitan dan gaya hidup terhubung, sekali gus mendekatkan perkhidmatan kepada pelanggan, sejajar dengan keperluan dan gaya hidup digital canggih kini.

Kedai terbaru CelcomDigi Life yang direka untuk membawa pengalaman peruncitan generasi masa depan lebih dekat kepada warga Malaysia, merupakan lokasi ketiga selepas pembukaan dua kedai Life di Gardens Mall dan Sunway Pyramid.

Kedai Life yang direka untuk pelanggan daripada pelbagai peringkat umur dan tahap pengetahuan teknologi, menghimpunkan teknologi terkini, perkhidmatan yang dipercayai dan pelbagai penyelesaian gaya hidup digital di bawah satu bumbung. Pelanggan boleh meneroka peranti terkini, mendapatkan penyelesaian digital yang sesuai dengan keperluan mereka dan mencuba sendiri bagaimana teknologi dapat memudahkan kehidupan seharian.

Kedai flagship terbaru ini menghimpunkan suatu ekosistem yang terdiri daripada lebih 30 rakan kongsi yang menawarkan pelbagai peralatan, kandungan (content) dan teknologi kesalinghubungan untuk dinikmati pelanggan. Seperti kedai Life yang lain, lokasi terbaru ini turut disokong oleh jenama terkemuka seperti Samsung dan Disney, yang membolehkan pelanggan berpeluang menghayati inovasi terkini dan mengalami sendiri teknologi kesalinghubungan. Pelanggan juga berpeluang melihat sendiri bagaimana teknologi dan kandungan yang diperkasakan oleh alat mudah alih terkemuka serta pelan konvergen, dapat melengkapi gaya hidup mereka.

Ketua Pegawai Jualan dan Peruncitan CelcomDigi, Cheng Weng Hong berkata, pelanggan yang mengunjungi kedai fizikal, kini mencari lebih daripada produk dan perkhidmatan. “Seiring dengan perubahan gaya hidup digital pelanggan, permintaan mereka terhadap jenama dan teknologi juga semakin meningkat. Mereka semakin menghargai panduan dan maklumat yang dapat membantu mereka membuat pilihan terbaik. Oleh kerana itu, kami terus melabur untuk memperluaskan rangkaian kedai Life dan mengadakan satu ekosistem rakan kongsi yang semakin berkembang merangkumi pakar kesalinghubungan, peralatan, kandungan dan pengalaman digital. Kesemuanya tersedia di bawah satu bumbung, selaras dengan matlamat kami untuk menjadikan gaya hidup terhubung lebih mudah diakses serta menjadi destinasi yang boleh diyakini bagi memenuhi segala keperluan digital pelanggan.”

“Saluran digital kekal sebagai pemacu utama untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Namun kami juga percaya bahawa peruncitan fizikal memainkan peranan yang sama penting, dalam menyediakan sokongan secara peribadi dan nasihat yang bernilai bagi membantu pelanggan mengintegrasikan teknologi dalam kehidupan seharian. Gabungan semua titik sentuh perkhidmatan ini memperkukuh hubungan pelanggan dengan CelcomDigi serta komitmen kami untuk menyediakan pengalaman terbaik pada setiap peringkat perjalanan pelanggan,” tambah Cheng.

Ekosistem peruncitan CelcomDigi kini merangkumi 10,000 titik sentuh perkhidmatan, termasuk lebih 63 kedai berjenama CelcomDigi, lebih 300 kedai CelcomDigi Express yang dikendalikan oleh rakan niaga serta ribuan saluran jualan moden dan terbuka. Bersama-sama kedai dalam talian dan aplikasi mudah alih syarikat, CelcomDigi kini mengendalikan rangkaian peruncitan produk dan perkhidmatan digital terbesar di Malaysia.  

Meraikan cara baru PLAY dengan tawaran eksklusif hujung tahun

Sempena pembukaan kedai Life, CelcomDigi turut melancarkan kempen hujung tahun, Play Deals, yang menyediakan lebih banyak tawaran untuk pelanggan menikmati pengalaman terkini dalam kesalinghubungan, peralatan, hiburan dan gaming.

Dengan memahami pelbagai cara rakyat Malaysia menikmati minat dan kegemaran masing-masing, Play Deals menawarkan sesuatu untuk setiap pelanggan, sama ada mereka ingin menaik taraf kepada peralatan baru, menonton rancangan kegemaran, meneroka destinasi baru atau meningkatkan pengalaman gaming mereka. Bermula dari 11 November 2026 hingga 15 Februari 2027, kempen ini dirangka untuk membantu pelanggan mendapatkan lebih nilai, di samping menikmati penjimatan dan manfaat menerusi pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.  

Antara tawaran ekslusif Play Deals yang boleh dinikmati pelanggan termasuk:

Tawaran menarik untuk pelan pasca bayar, peralatan dan kelengkapan rumah

  • Pengecualian yuran bulanan pelan pasca bayar CelcomDigi percuma sehingga tiga bulan dengan produk mudah alih Samsung, HONOR, Google, TV Samsung 65” dan lain-lain produk terpilih menerusi pelan ansuran Easy360.
  • Bonus tambahan tukar-beli (trade-in) tambahan sebanyak RM300 apabila nilai tukar-beli itu dikreditkan ke dalam satu bil pasca bayar CelcomDigi.
  • Diskaun 50% selama tiga bulan untuk PhoneCARE Swap & Replace (Tukar & Ganti).
  • Kadar keuntungan 0% selama tiga bulan menerusi PayFlex oleh Boost bagi bayaran pendahuluan dan yuran peranti terpilih. Semua pembelian peranti mudah alih tanpa kontrak disertakan dengan PhoneCARE Swap percuma selama 12 bulan.
  • Peranti Samsung, HONOR dan Google juga boleh dibeli tanpa kontrak dengan diskaun sehingga RM200 di bawah harga runcit yang disyorkan (RRP). Semua peranti mudah alih yang dibeli secara terus (outright) didatangkan dengan PhoneCARE Swap percuma selama 12 bulan.

Tawaran eksklusif Grand Theft Auto VI Standard Edition (GTA VI SE) eksklusif untuk peminat tegar gaming

  • Percuma GTA VI Standard Edition dengan pembelian konsol PlayStation 5 Disc Console (Slim) bersama pelan CelcomDigi One, boleh diperolehi bermula 19 November 2026.
  • Tawaran istimewa berterusan untuk harga pra-tempahan RM299 untuk GTA VI Standard Edition (Harga Runcit Disyorkan: RM339)
  • Pakej eksklusif konsol PlayStation 5 Disc Console (Slim) + GTA VI berharga RM2,999, boleh diperolehi bermula 19 November 2026.

Penjimatan tambahan untuk perkhidmatan nilai tambah terpilih

  • Diskaun 50% untuk StreamMORE Asian & Sports Bundle (iQIYI, sooka dan Viu) selama tiga bulan, dengan harga bermula daripada RM19.90 sebulan.
  • Diskaun 50% untuk Pas Perantauan Bulanan tertentu dengan perantauan berkelajuan tinggi serendah RM20 sebulan.
  • Diskaun 50% untuk PhoneFIX selama tiga bulan, dengan perlindungan pembaikan peranti serendah RM1.50 sebulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Play Deals dan tawaran yang tersedia, sila layari https://cdlink.net/playdeals mulai 11 November 2026.

‍

NOTA: Di CelcomDigi, kami menawarkan pelanggan pelbagai pilihan peranti, sambungan dan pengalaman digital yang memenuhi minat mereka, sambil memberikan nilai terbaik menerusi produk dan perkhidmatan kami. Pengguna digalakkan supaya membuat pertimbangan sewajarnya serta mematuhi penarafan umur rasmi dan nasihat kandungan permainan apabila mengakses atau berinteraksi dengan kandungan Grand Theft Auto VI.

‍