Newsroom

CelcomDigi bekerjasama dengan Malaysian Relief Agency bantu mangsa banjir

February 14, 2024

Menyalurkan bantuan sebelum dan selepas banjir untuk membantu keluarga di kawasan berisiko tinggi

PETALING JAYA, 14 Februari 2024 – CelcomDigi jalin kerjasama dengan Malaysian Relief Agency (MRA) untuk menyalurkan bantuan kepada keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini. Syarikat tersebut menyumbang barangan keperluan bernilai lebih RM670,000, yang memberi manfaat kepada sekitar 6,000 keluarga.

Bagi memastikan keluarga yang terjejas kekal terhubung tatkala banjir, stesen pengecasan elektrik dan perkhidmatan WiFi telah disediakan di beberapa buah pusat pemindahan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak, dan Johor. Peralatan dapur standard dan set kanopi turut diserahkan kepada pihak MRA, bagi membantu menyediakan makanan panas untuk mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan di enam negeri tersebut.

Selain itu, beberapa inisiatif telahpun dilaksanakan sebagai langkah persiapan menghadapi bencana banjir. Kit Pengurusan Banjir, yang dihasilkan supaya penduduk di kawasan berisiko banjir dapat merancang persiapan sebelum bencana dengan leih baik, telah diedarkan melalui laman media sosial, dan aplikasi MyDigi serta Celcom Life. Kit tersebut mengandungi maklumat terkini mengenai langkah-langkah yang perlu diambil sebelum, semasa, dan selepas banjir dan boleh diakses di SINI. Maklumat penting melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) juga telah dihantar kepada penduduk di kawasan berisiko tinggi.  

Memahami bahawa liputan rangkaian telekomunikasi sememangnya penting terutamanya semasa bencana alam, beberapa usaha seperti mengukuhkan tapak menara telekomunikasi di kawasan berisiko tinggi serta menyediakan penjana kuasa dan stesen pemancar pangkalan mudah alih, telah dilaksanakan demi mengurangkan gangguan perkhidmatan.

Sejurus banjir surut, para sukarelawan akan dihantar untuk membantu dalam operasi pembersihan di kawasan tersebut. Bagi membantu keluarga yang pulang ke rumah dari pusat pemindahan pula akan dibekalkan dengan barangan keperluan memasak dan pek makanan untuk memudahkan mereka memulakan fasa pemulihan selepas bencana.

Newsroom

Discover CelcomDigi and What Drives Us