Forum Trust Circle CelcomDigi menghimpun pemimpin daripada lebih 40 syarikat dan agensi merentas industri
PETALING JAYA, 25 April 2024 – Dengan peningkatan penggunaan kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI), isu kepercayaan terus mendapat perhatian dan merupakan kebimbangan utama masyarakat. Impak dalam inovasi digital telah didokumentasi dengan baik dan memperlihatkan bahawa syarikat teknologi dan penggubal dasar kini berhadapan dengan kewajipan untuk menangani isu tersebut melalui pelbagai usaha termasuk kesedaran, kawalan kendiri dan mandat kerajaan, di samping terus meneroka sempadan inovasi digital yang baharu.
Dalam menangani perkara ini secara proaktif, pemimpin dan pakar pelbagaiindustri menghadiri forum Trust Circle CelcomDigi edisi kedua. Forum yang merupakan anjuran bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), bertujuan menggalakkan wacana yang lebih mendalam mengenai praktis pengurusan data yang bertanggungjawab dalam organisasi serta melindungi masa hadapan digital negara secara kolektif dalam dunia yang semakin didayakan oleh AI.
Pakar dari CelcomDigi, MCMC, Microsoft Malaysia, KPJ Healthcare, IIS Partners, Cisco, MIMOS dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkongsi pandangan mengenai risiko trend AI terhadap perlindungan data pelanggan, kepentingan mempertahankan program privasi dalam organisasi untuk masa hadapan, membina kepercayaan awam menerusi penggunaan AI yang bertanggungjawab, dan peranan pemimpin untuk memacu akauntabiliti dalam mengguna inovasi baharu.
Menurut kajian Trust Barometer Edelmen 2024*, perniagaan teknologi merupakan entiti yang paling dipercayai dalam memperkenalkan sesebuah inovasi kepada masyarakat, termasuk teknologi seperti AI. Kajian ini juga menyatakan bahawa pemimpin organisasi perlu mengambil pendirian terhadap isu etika yang membimbangkan masyarakat. Hasil kajian ini membuka peluang kepada forum Trust Circle yang terdiri daripada pakar dan profesional pelbagai sektor untuk meningkatkan taraf amalan privasi dan perlindungan data di kalangan korporat di Malaysia.
Dalam membina perniagaan yang lebih selamat, boleh dipercayai dan bertanggungjawab, Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Datuk Idham Nawawi menekankan bahawa tadbir urus data yang kukuh dan akauntabiliti adalah komponen utama untuk membina kepercayaan pada zaman AI ini.
Usaha menangani isu kepercayaan di zaman AI kini lebih penting, disebabkan pengumpulan data yang meluas oleh AI dari pelbagai sumber awam.. Meskipun AI mempunyai keupayaan yang bermanfaat dalam mencipta pelbagai inovasi, keupayaan ini menimbulkan kebimbangan yang signifikan berkaitan privasi, keselamatan, isu ketulenan bahan, hak cipta dan isu-isu lain yangpenting. Oleh itu, adalah penting untuk organisasi bersikap telus dalam cara pengurusan data dan faktor risiko yang terlibat demi membina kepercayaan apabila kita memanfaatkan teknologi tersebut.
“Dalam keadaan ini, seperti sektorlain juga, pengendali telekomunikasi seperti CelcomDigi memainkanperanan penting dalam membina kepercayaan digital. Privasi dan perlindungan data sentiasa menjadi teras dalam semua insiatif kami buat pelanggan - tiada kompromi dalam memelihara kepercayaan yang diamanahkan kepada kami. Selain mempunyai kawal selia organisasi yang kukuh terhadap penggunaan teknologi baharu, penting juga bagi organisasi untuk berkerjasama dengan rakan kongsi yang mempunyai rekod pengawasan data yang baik, menggunakan platform teknologi yang dipercayai, cakna terhadap perundangan terkini dan memacu taraf tadbir urus data yang tinggi. Kami percaya inisiatif ini merupakan tanggungjawab bersama seluruh ekosistem - kerajaan, pakar pengendali data dan tadbir urus serta pemimpin industri. Kerjasama ini adalah langkah penting untuk memupuk keyakinan orang ramai di samping membina kepercayaan secara kolektif terhadap masa hadapan digital negara.”
Dengan komuniti pakar daripada pelbagai sektor termasuk badan penyeliaan industri, telekomunikasi, teknologi, penjagaan kesihatan, kewangan dan institusi akademik, forum Trust Circle berperanan sebagai platform penting untuk jalinan kolaborasi yang kukuh. Bermula pada November 2023 bersama perwakilan daripada lebih 20 organisasi, forum Trust Circle kini telah berkembang dengan penglibatan lebih banyak lagi organisasi besar serta agensi awam. Penglibatan ini menunjukkan penekanan dan komitmen forum ini untuk bertindak secara kolektif dalam membina kepercayaan serta meningkatkan taraf dalam dunia yang didayakan AI.
*Laporan penuh Trust Barometer Edelmen 2024 - https://www.edelman.com/trust/2024/trust-barometer
© Copyright 2024 CelcomDigi Berhad (Formerly known as Digi.Com Berhad) [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.