Newsroom

Langkawi Port bekerjasama dengan CelcomDigi untuk mempertingkatkan pengurusan pelabuhan pintarnya

February 10, 2023

Langkawi, 10 Februari 2023 – Selari dengan inisiatif digitalisasi pelabuhan pintarnya, Langkawi Port Sdn. Bhd. (‘Langkawi Port’) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (‘MoU’) dengan CelcomDigi, sebagai jalinan kerjasama untuk mempertingkatkan operasi dan keselamatan pelabuhan menerusi Penyelesaian Keselamatan dan Sekuriti Dipacu AI (ASAS) hujung ke hujung.

Oleh sebab kepentingan keselamatan dan sekuriti dalam menjamin kecekapan operasi pelabuhan, ASAS akan membolehkan Langkawi Port menjalankan analisis kenderaan di pintu masuk pelabuhan serta kawasan jeti. Malah, ia turut menyediakan kawalan sempadan digital pintar dengan paparan digital landskap pelabuhan untuk pengawasan umum melalui penggunaan geo-pagar dan kamera PTZ.

Kedua-dua syarikat turut meneroka peluang dalam pelbagai lagi penyelesaian digital IoT seperti penyelesaian awan, keselamatan siber, pengurusan pelawat keseluruhan, dan sebagainya.

MoU ini ditandatangani antara Pengerusi Langkawi Port, Nasaruddin Abdul Muttalib dan Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan CelcomDigi, Afizulazha Abdullah pada satu majlis di Kuah, Langkawi.

Mengulas tentang kerjasama itu, Nasaruddin berkata, “Transformasi kepada pelabuhan pintar adalah sesuatu keperluan. Menurut pemerhatian kami, trafik dan penggunaan pelabuhan telah meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Justeru, langkah memanfaatkan teknologi dan penyelesaian digital untuk menjamin, mengautomasikan dan mengoptimumkan operasi kami akan memastikan kami dapat terus menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan. Kami berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan peneraju pasaran seperti CelcomDigi sebagai pengupaya teknologi dan penyelesaian digital kami yang dipercayai, bagi menyokong komitmen kami dalam menawarkan pelanggan satu pintu masuk yang cekap ke Langkawi.”

Berkongsi pendapat yang sama dengan beliau, Afizulazha menegaskan sokongan syarikat dalam mengukuhkan kerjasama itu, yang bertitik tolak pada tahun 2019 apabila kedua-dua syarikat berpadu tenaga untuk meneroka kes kegunaan 5G dalam pengurusan pelabuhan pintar.

“Kami teruja untuk bersama-sama mencapai tonggak penting ini, daripada meneroka projek perintis, menjalankan bukti konsep (POC) sehinggalah ke fasa pelaksanaan, serta lebih lagi inisiatif pada masa akan datang ketika negara menuju ke arah 5G. Justeru, kami telah bersiap siaga dengan kepakaran dan sumber yang sesuai bagi menyemarakkan pertumbuhan digitalisasi Langkawi Port, dengan memanfaatkan gabungan keupayaan CelcomDigi dalam inovasi dan rangkaian yang diperkukuh. Kami bertekad untuk merealisasikan lebih lagi nilai daripada kerjasama ini, selain menyokong digitalisasi di lebih pelabuhan di Malaysia,” tambah beliau.

Newsroom

Discover CelcomDigi and What Drives Us