Newsroom

Gangguan rangkaian jejas pelanggan Celcom di Pahang dan Terengganu

November 8, 2023

Rabu, 8 November 2023 – Pihak CelcomDigi ingin memaklumkan bahawa satu kebakaran kecil telah berlaku awal pagi tadi yang mungkin mengakibatkan gangguan perkhidmatan suara, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan data kepada kira-kira 210,000 pelanggan Celcom di Pahang dan Terengganu.

Antara perkhidmatan yang sudah dibaikpulihkan secara berperingkat termasuk perkhidmatan suara, SMS dan tambah nilai, dan kami sedang berusaha untuk memulihkan semua perkhidmatan dengan secepat mungkin. Maklumat lanjut mengenai pemulihan perkhidmatan akan disampaikan kepada pelanggan dan orang ramai melalui pelbagai saluran termasuk laman web serta platform media sosial CelcomDigi. Kami memohon maaf kepada pelanggan di atas segala kesulitan yang dihadapi.  

(Untuk tujuan penerbitan, sila petik sebagai Kenyataan Rasmi CelcomDigi.)

Newsroom

Discover CelcomDigi and What Drives Us