Newsroom

CelcomDigi dan MPAJ Tandatangani MoU, Transformasikan Hulu Kelang kepada Sebuah Bandar Pintar

February 6, 2024

Kolaborasi pertama seumpamanya di antara kerajaan negeri dan sektor swasta untuk membina ‘sandbox’ dan melaksanakan penyelesaian bandar pintar di Selangor

KUALA LUMPUR, 6 Februari 2024 – CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk pembangunan digital di DUN Hulu Kelang bagi proses transformasinya kepada sebuah bandar pintar. Menerusi kerjasama selama 10 tahun itu, kedua-dua pihak akan berkolaborasi untuk meneroka dan melaksanakan penyelesaian teknologi 5G dan infrastruktur gentian yang mantap, bagi membina satu ekosistem bandar pintar yang akan mempertingkatkan kualiti hidup penduduk dan pertumbuhan perniagaan di Hulu Kelang.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin bin Shari. CelcomDigi diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Idham Nawawi, manakala Pengerusi MPAJ, Dr Ani binti Ahmad menandatangani bagi pihak Majlis Perbandaran.  

Dalam ucapannya, Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin berkata, “Saya amat gembira dapat menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara MPAJ dan CelcomDigi hari ini. Kerjasama ini membuktikan kesungguhan MPAJ membina sebuah bandar pintar, selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mentransformasikan Selangor kepada Negeri Pintar menjelang 2025. Besar harapan saya agar segala usaha di bawah inisiatif Bandar Pintar akan menjana impak positif terhadap ekosistem secara inklusif — bukan sahaja untuk masyarakat, tetapi juga ekonomi dan alam sekitar.”

​Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham turut berkata, “Kerjasama dengan MPAJ adalah pakatan strategik yang dibina dengan visi bersama untuk membina infrastruktur bandar pintar dan model ekosistem yang boleh direalisasikan. CelcomDigi dan MPAJ akan bekerjasama untuk menilai dan mengenal pasti penyelesaian bandar pintar yang terbaik dan mampu mengubah DUN Hulu Kelang menjadi suatu daerah digital bersepadu, lengkap dengan persekitaran moden dan mampan yang boleh mempromosikan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kebajikan penduduknya. Kami bertekad untuk memanfaatkan usahasama ini dengan perkongsian teknologi tempatan dan global dalam membangunkan ekosistem yang diharapkan boleh menjadi model contoh yang membawa manfaat kepada rakan kongsi lain seperti majlis perbandaran, dengan rangkaian penyelesaian bandar pintar yang boleh di gunapakai di lebih banyak bandar di seluruh negara.”  

Kerjasama ini menyokong ‘Rangka Kerja Bandar Pintar’ MPAJ, satu pelan berwawasan yang dibangunkan pada Januari 2022 bagi mentransformasikan Ampang Jaya kepada bandar pintar, dengan memfokuskan kepada Infrastruktur Pintar, Ekonomi Pintar, Komuniti Pintar, Persekitaran Pintar dan Tadbir Urus Pintar. Sebagai rakan strategik, CelcomDigi akan Bersama-sama menyelaras dan melaksanakan penyelesaian teknologi yang berkaitan bandar pintar, khususnya di DUN Hulu Kelang, yang merupakan kawasan projek perintis untuk pembangunan Bandar Pintar Ampang Jaya.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, CelcomDigi juga akan menerajui ‘sandbox’ yang menghimpunkan semua pihak berkaitan dengan penyelesaian bandar pintar seperti inovator, usahawan, pembekal teknologi dan pengeluar peranti, untuk menguji produk dan perkhidmatan mereka dalam persekitaran sebenar, yang berpotensi dilaksanakan dalam inisiatif bandar pintar Hulu Kelang. Terdahulu, MPAJ telah melaksanakan beberapa inisiatif Bandar Pintar seperti pemasangan CCTV, Wi-Fi dan Smart Junction di beberapa lokasi dalam kawasan pentadbirannya.

Newsroom

Discover CelcomDigi and What Drives Us