Newsroom

PETRONAS dan CelcomDigi berpadu tenaga untuk memacu transformasi tekno-digital 5G dan kemampanan untuk sektor tenaga

April 26, 2024

KUALA LUMPUR, 26 APRIL 2024 – PETRONAS dan CelcomDigi berpadu tenaga untuk memacu usaha transformasi digital dan kemampanan untuk industri tenaga dengan memanfaatkan kuasa 5G.  

Kerjasama berkenaan dirasmikan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Naib Presiden Teknologi dan Pengkomersilan Kumpulan PETRONAS, Aadrin Azly; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Albern Murty; serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Gentari Green Mobility, Shah Yang Razalli. Turut hadir pada majlis pemeterian MoU itu ialah Naib Presiden Kanan, Penyampaian Projek dan Teknologi PETRONAS, Mohd Yusri Mohamed Yusof.  

Kerjasama strategik dua tahun ini akan menyaksikan PETRONAS dan CelcomDigi meneroka usaha industri tekno-digital melalui penggunaan teknologi 5G untuk menjana penambahbaikan yang berterusan merentasi keseluruhan operasi PETRONAS.

Selain itu, kerjasama tersebut juga akan meneroka peluang untuk menyepadukan penyelesaian tenaga bersih ke dalam tawaran perusahaan CelcomDigi bagi memacu penerapannya dalam kalangan perniagaan di Malaysia.

Naib Presiden Teknologi dan Pengkomersilan Kumpulan PETRONAS, Aadrin Azly berkata, “PETRONAS berperanan penting dalam menyokong agenda teknologi negara bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam inovasi di persada dunia. Kami menerajui penerapan teknologi 5G untuk perusahaan di Malaysia pada tahun lalu, susulan kejayaan kami dalam menerapkan rangkaian persendirian 5G di Terminal Pengegasan Semula di Sungai Udang (RGTSU) serta menyaksikan peningkatan kecekapan dalam operasi kami.

Tambah beliau lagi, “Kerjasama ini menawarkan kami peluang menarik untuk mengembangkan kuasa 5G bagi perusahaan dan komuniti kami yang lebih luas. Kami berazam membina satu infrastruktur rangkaian yang kukuh bagi memenuhi kenaikan permintaan terhadap akses yang boleh dipercayai kepada internet berkelajuan tinggi dalam sektor minyak dan gas.”

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Albern Murty berkata, “MoU tersebut menyediakan peluang untuk memacu pemodenan operasi minyak dan gas yang dikuasakan oleh kesalinghubungan 5G. Dalam tempoh lima tahun lalu, kami telah bekerjasama rapat dengan PETRONAS untuk melaksanakan rangkaian 4G LTE persendirian pada platform luar pesisir serta menguji pelbagai kes kegunaan digital. Bersama-sama, kami telah merealisasikan aplikasi digital yang praktikal untuk operasi pelantar. Contohnya, ‘pekerja pelantar bersambung’ (‘connected rig workers’) yang dahulunya satu kes ujian kini sudah menjadi kewajipan bagi menjamin produktiviti dan keselamatan pekerja pelantar. Keterbukaan PETRONAS untuk meneroka pendekatan baharu dalam pekerjaan dan inovasi adalah penting untuk perkembangan ujian dan pelaksanaan tersebut. Ia adalah minda positif yang akan memacu momentum kerjasama masa depan kami. Kami juga berhasrat untuk menjana penambahbaikan berkaitan 5G merentasi bidang perniagaan yang lain, serta memanfaatkan kesalinghubungan dan analisis data masa sebenar, demi mengoptimumkan operasi dan merealisasikan aspirasi tenaga bersih bersama kami untuk sektor minyak dan gas.”  

Rekod prestasi kerjasama yang kukuh memantapkan asas untuk memacu penerapan digital

PETRONAS dan CelcomDigi telah menjalinkan kerjasama sejak sekian lamanya bermula tahun 2019, dengan pelaksanaan rangkaian 4G LTE persendirian yang pertama di Angsi, salah satu platform luar pesisir terbesar untuk PETRONAS. Sejak itu, kerjasama ini telah menghasilkan 21 platform luar pesisir 4G yang bersambung sepenuhnya. Selain itu, kedua-dua pihak juga bekerjasama untuk menambah baik lagi dan mengoptimumkan infrastruktur kesalinghubungan dalam loji PETRONAS. Ini membolehkan kesalinghubungan yang konsisten untuk menjana penyelesaian digital yang dapat meningkatkan kecekapan operasi loji-loji berkenaan.  

Projek terbaharu ialah pelancaran rangkaian 5G persendirian pertama di Kasawari Carbon Capture and Storage (CCS), platform luar pesisir utama PETRONAS yang berhampiran Sarawak. Dengan memanfaatkan 5G serta amalan terbaik dalam penyelesaian minyak dan gas, Kasawari akan menjadi tapak ujian untuk kes kegunaan 5G bagi mengaktifkan lebih lagi inovasi digital. Berbekalkan kejayaan pelancaran rangkaian persendirian dalam tempoh lima tahun yang lalu, kes-kes kegunaan yang berjaya boleh diterapkan kepada platform-platform luar pesisir lain yang bersambung. Ini berupaya membuka jalan kepada PETRONAS untuk memodernasasikan operasinya dan melaksanakan amalan kemampanan yang baharu secara pantas.

Newsroom

Discover CelcomDigi and What Drives Us