Newsroom

CelcomDigi jalin kerjasama dengan SoftBank Corp. dan SC-NEX untuk penyelesaian canggih berasaskan AI dan robotik

January 15, 2024

PETALING JAYA, 15 Januari 2024 – CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) mengumumkan kerjasama strategik dengan dua organisasi teknologi global terkemuka, iaitu SoftBank Corp., syarikat telekomunikasi dan IT yang beribu pejabat di Tokyo, serta SC-NEX, sebuah anak syarikat Sumitomo Corporation, untuk memacu usaha digitalisasi perusahaan di Malaysia menerusi penerapan penyelesaian IR4.0 yang inovatif.

Kerjasama ini dilaksanakan menerusi Pusat Inovasi CelcomDigi dan akan memanfaatkan kepakaran SoftBank dan SC-NEX dalam penyelesaian Kecerdasan Buatan (AI), robotik dan analitik. Menerusi kerjasama ini, CelcomDigi akan terus meneroka kolaborasi bersama untuk penyelesaian IR4.0, bermula dengan industri Agroteknologi dan Bandar Pintar, dengan sokongan rangkaian 4G LTE dan 5G CelcomDigi yang paling luas. Dari segi Agroteknologi, kerjasama itu akan meneroka gabungan teknologi dron, penyelesaian AI dan Analitik untuk operasi, keselamatan dan ketersambungan dalam sektor perladangan. Sementara itu, Bandar Pintar akan melibatkan penerokaan Perisian Pengurusan Bangunan (BMS) Bersepadu, Sensor IoT, serta Akses, Keselamatan dan Kawalan Visualisasi Alam Sekitar.

Softbank ialah syarikat telekomunikasi dan IT terkemuka di Jepun, yang membangunkan penyelesaian infrastruktur sosial generasi masa depan yang inovatif untuk pelbagai industri dan organisasi di seluruh dunia. Sementara itu, anak syarikat milik penuh Sumitomo, SC-NEX memberikan fokus untuk memacu pertumbuhan perkhidmatan transformasi digital dengan teknologi digital yang canggih serta pakar industri yang terkemuka.

Perjanjian kerjasama itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi; Naib Presiden dan Ketua Bahagian Perniagaan Global SoftBank, Kimimasa Kudo; dan Ketua Pegawai Eksekutif SC-NEX, Jun Okawara. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Menteri Komunikasi , YB Fahmi Fadzil.

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan gergasi teknologi global terkemuka, SoftBank dan anak syarikat Sumitomo, SC-NEX, dalam aspirasi kami untuk terus membina ekosistem digital negara. Kerjasama ini akan membuka banyak peluang kepada perusahaan Malaysia untuk mempercepat akses kepada teknologi transformatif serta membantu merealisasikan potensi sebenar perniagaan mereka. Matlamat kami adalah untuk membantu lebih banyak perniagaan dengan usaha transformasi digital mereka agar mampu kekal berdaya saing dalam ekonomi digital hari ini. Mereka boleh bergantung pada CelcomDigi sebagai rakan kongsi yang  dipercayai untuk meningkatkan produktiviti, mengukuhkan ketahanan perniagaan, dan mewujudkan persekitaran operasi yang lebih mampan.”

Naib Presiden dan Ketua Bahagian Perniagaan Global SoftBank, Kimimasa Kudo, berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan CelcomDigi dan SC-NEX untuk memacu transformasi digital (DX) di Malaysia. Di Jepun, kami telah membangunkan penyelesaian bangunan pintar menggunakan penyelesaian kemasukan bangunan dan robotik yang canggih yang merupakan sebahagian dari inisiatif pertumbuhan ‘Beyond Carrier’ dan berharap untuk mengaplikasikan pengetahuan kami dalam bidang ini dengan rakan-rakan kongsi kami. Kami juga berharap dapat bekerjasama dalam bidang teknologi lain untuk menyumbang kepada pertumbuhan industri yang mampan di Malaysia.”  

Ketua Pegawai Eksekutif SC-NEX, Jun Okawara berkata, “Kami teruja untuk bekerjasama dengan CelcomDigi dan SoftBank dalam usaha memacu transformasi digital perusahaan di Malaysia. SC-NEX mewarisi pengalaman Industri DX dan pelbagai inisiatif inovatif Sumitomo Corporation, bukan sahaja di Jepun tetapi juga di seluruh dunia. Dengan memanfaatkan pengalaman berkenaan dan mengaplikasikan pengetahuan luas kami, SC-NEX akan dapat memperkukuhkan kerjasama ini dan  mencapai objektif untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan masyarakat Malaysia.”

Newsroom

Discover CelcomDigi and What Drives Us